PENSYARAH Universiti Malaya (UM) yang didakwa ada kaitan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual kini ditahan kerja.
Pusat Komunikasi Korporat UM berkata, tindakan itu diambil mengikut Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 [Akta 605].
“Universiti Malaya akan terus memastikan persekitaran kampusnya selamat dan kondusif termasuklah dengan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan salah laku tanpa mengira jawatan atau status," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA LAGI: KPT takkan kompromi, pensyarah UM didakwa hantar gambar tidak senonoh kepada beberapa pelajar
BACA LAGI: Kena ada orang di UM letak jawatan — Maszlee Malik
Sebelum ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan bahawa Unit Integriti UM sedang menjalankan siasatan secara aktif berhubung kes dakwaan gangguan seksual yang melibatkan seorang pensyarah universiti terbabit.
KPT juga menjelaskan bahawa semua prosedur serta peraturan berkaitan dipatuhi sepenuhnya oleh UM.
"UM juga mempunyai garis panduan dan peraturan khusus berhubung isu gangguan seksual dan langkah-langkah yang sewajarnya sedang diambil untuk melindungi hak semua pihak," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram