Kereta penduduk terbenam dipercayai akibat projek kontraktor tanam paip besar di tengah-tengah jalan utama di Changlun


  • Tular
  • Rabu, 08 Jan 2025

Beberapa kenderaan penduduk yang terbenam dan terperangkap di laluan utama Kampung Bendang Cheruk, Changlun, Kedah.

PENDUDUK Kampung Bendang Cheruk, Changlun, Kedah berdepan dengan masalah keadaan jalan raya yang tidak diturap dengan sempurna.

Menerusi hantaran tular di media sosial sejak Rabu, beberapa kenderaan penduduk terbenam di dalam lubang besar di laluan jalan tersebut.

Keadaan itu berlaku dipercayai berpunca akibat projek pemasangan paip berskala besar bawah tanah di jalan utama kampung.

BACA LAGI: Anak kerap menangis, wanita sanggup beli semula gitar 'rare' kesayangan arwah suami kena curi di Pontian

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tinggal dalam bilik sampai tak bernafas', ibu pilu bawa pulang anak 4 bulan sudah tak bernyawa dari taska di Saujana Putra

Projek tersebut juga didakwa dilakukan oleh pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan tinggi.

"Ada pihak didakwa mahu untung lebih, jadi tanam paip besar tengah-tengah jalan. Akibatnya, kenderaaan yang lalu terbenam atas jalan berbatu yang belum diturap semula," demikian komen yang diperoleh melalui aplikasi Telegram.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan maksud sebenar keuntungan tersebut sama ada merujuk kepada kerja penurapan atau projek paip itu.

Penduduk kampung pada masa sama menggesa pihak bertanggungjawab menyelesaikan kerja-kerja menurap semula jalan untuk mengelakkan lebih banyak masalah dan kemalangan.

Keadaan jalan rosak itu bukan sahaja menjejaskan keselamatan, malah memberi kesan kepada kehidupan harian penduduk.

Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram