THE Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia Sdn Bhd (Coffee Bean) meraih pencapaian membanggakan dengan pembukaan kafe ke-200 miliknya yang beroperasi di Caltex Batu Maung, Pulau Pinang.
Pembukaan kafe tersebut menandakan komitmen jenama itu untuk terus menyediakan akses kepada pelanggan di seluruh negara untuk menikmati minuman lebih premium.
Kafe itu menampilkan konsep drive-in, yang menyediakan tempat parkir khusus untuk pelanggan.
BACA LAGI: Sampai menteri pun terpikat, status lelaki bukan alasan anak jati Kota Bharu buka bisnes tudung
Seiring pengembangan jenama itu, fokus terhadap penyampaian kualiti dalam setiap cawan akan terus dipertingkatkan.
Konsep tersebut membolehkan pengunjung menikmati minuman kopi dan teh buatan tangan kegemaran mereka dengan lebih mudah sambil mengurangkan masa menunggu.
Pengarah Urusan The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia, Datuk M Amar Shah berkata, seiring pengembangan jenama itu di Batu Maung, fokus terhadap penyampaian kualiti dalam setiap cawan akan terus dipertingkatkan.
"Bersama-sama dengan penyelesaian yang mudah seperti kafe drive-in, kami akan terus memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang.
“Kafe ini mewakili komitmen kami untuk menyediakan pengalaman yang lebih baik dan lancar, sama ada untuk singgah sekejap menikmati kopi atau berehat dengan santai,” katanya.
Kafe seluas 2,100 kaki persegi itu mampu menampung sehingga 86 pengunjung dalam satu-satu masa.
Menghormati akar Southern Californian jenama ini, reka bentuk kafe tersebut menampilkan suasana yang cerah dan mesra, menawarkan pengalaman menyenangkan setiap kali pelanggan berkunjung.
Kafe di Caltex Batu Maung itu beroperasi setiap hari dari pukul 7 pagi hingga 11 malam.
Selain itu, The Coffee Bean & Tea Leaf Malaysia turut melancarkan aplikasi MyCBTL di Pulau Pinang, sebelum pembukaan kedai Caltex Batu Maung.
Aplikasi MyCBTL menyediakan pelbagai ciri menarik seperti tawaran peribadi, promosi khas dan kemudahan pesanan yang lancar, menjadikannya lebih mudah untuk pelanggan menikmati pengalaman membeli kopi premium mereka. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram