Hilang lebih sebulan, polis jejak 3 gadis termasuk pelajar politeknik dan warga Myanmar


  • 112
  • Isnin, 06 Jan 2025

Tiga remaja perempuan yang hilang iaitu (dari kiri) Nurul Syuhada Muksin, Ashwinia Kaliswaran dan Shomina. — Polis Ipoh

POLIS giat mencari maklumat berhubung keberadaan tiga remaja perempuan yang hilang sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, remaja perempuan itu ialah Nurul Syuhada Muksin, 18; K. Ashwinia, 15, dan Shomina, 16.

Beliau berkata, Nurul Syuhada yang kali terakhir diketahui di Bandar Botanik, Klang, Selangor pada 9 Oktober 2024.

BACA LAGI: [VIDEO] Bapa sebak laung azan sebelum jumpa jasad anak terapung di Sungai Pahang

BACA LAGI: Pegawai kanan Bukit Aman mungkin 'microsleep' sebelum rempuh penunggang motosikal di Kuala Selangor

Katanya, Nurul Syuhada kelihatan keluar dari asrama Politeknik Ungku Omar, Ipoh sambil membawa beg.

"Dia kurus, sawo matang, tinggi kira-kira 152 sentimeter (cm) dan berat kira-kira 45 kilogram (kg).

"Dia tidak mempunyai sebarang penyakit. Mereka yang mempunyai maklumat hendaklah tampil ke Ampang Baru atau balai polis berhampiran atau menghubungi pembantu pegawai penyiasat Sjn Jhony Bunsu di talian 012-301 9152 atau 05-546 7005,” katanya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambahnya, Ashwinia yang merupakan pelajar Tingkatan Tiga di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tasek, Ipoh pula hilang sejak Krismas (25 Disember 2024).

Beliau berkata, alamat terakhirnya adalah di Taman Syabas, Ipoh dan memiliki ciri seperti tinggi kira-kira 162cm, kurus dengan berkulit sawo matang.

Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pembantu pegawai penyiasat Sjn Jamariah Ya’acob di talian 012-550 0883 atau balai polis Ipoh di talian 05-245 1500.

"Sementara itu, Shomina, warga Myanmar hilang pada malam Krismas.

"Remaja yang berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) itu tinggal di Jalan Pasir Puteh, Ipoh.

"Tingginya kira-kira 140cm, bertubuh gempal dan berkulit gelap. Mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat Sarjan Mohamed Azlan Mohd Noor di talian 019-514 1791 atau balai polis Ipoh," jelasnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram