SEORANG maut dan sekurang-kurangnya 15 orang cedera pada Khamis apabila sebuah pesawat terhempas ke bumbung gudang Fullerton, California, Amerika Syarikat.
Nahas berlaku sekitar pukul 2:10 petang di kawasan berhampiran blok 2300 West Raymer Avenue, bersebelahan Lapangan Terbang Perbandaran Fullerton.
Kejadian berkenaan pada awalnya dilaporkan sebagai kebakaran struktur dan menunjukkan nahas pesawat telah mencetuskan kebakaran.
BACA LAGI: Fenomena air terjun 'berdarah' di Antartika masih kekal misteri?
Video dari Sky5 kemudiannya mengesahkan bahawa sebuah bangunan komersial telah dilanggar, dengan terdapat lubang besar di bumbung bangunan itu dan tiada tanda-tanda serpihan pesawat yang kelihatan.
Ekoran kejadian berkenaan, sekumpulan anggota bomba dilihat memadamkan kebakaran di dalam gudang, dan bangunan berhampiran telah dikosongkan.
A small plane has crashed into the roof of a large warehouse near Fullerton Airport in California. Early reports suggest that 15 have been injured in the crash. Over 100 people inside the warehouse were evacuated. pic.twitter.com/KD7U2LIa4D
— OSINTdefender (@sentdefender) January 2, 2025
Difahamkan, pegawai perubatan merawat sejumlah besar mangsa kejadian dengan beberapa ambulans bersedia untuk menghantar mereka ke hospital kawasan jika diperlukan.
Pada pukul 2:40 petang, Jabatan Polis Fullerton berkata, jumlah korban masih tidak diketahui. Sejam kemudian, polis mengesahkan sembilan orang telah dibawa ke hospital tempatan dan enam lagi dirawat serta dikeluarkan di tempat kejadian.
Ada kemungkinan, seorang juruterbang pesawat berkenaan dilaporkan meninggal dunia.
Polis menggesa pemandu mengelak kawasan itu kerana beberapa jalan berhampiran tempat kejadian telah ditutup. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram