Stesen LRT KLCC ditutup sementara kerana litar pintas


  • 112
  • Khamis, 02 Jan 2025

Bahagian terbakar di LRT KLCC yang menyebabkan stesen itu ditutup sementara pada Khamis.

STESEN Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC terpaksa ditutup sementara akibat litar pintas pada Khamis.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohamed Azimin Mohamed Zahid berkata, pihaknya menerima panggilan pada 4.15 petang mengenai kejadian tersebut.

Seramai tujuh ahli bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dengan tiada mangsa yang terlibat. Punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

BACA LAGI: [VIDEO] Tayar tiba-tiba pecah punca pemandu maut, nahas 2 lori bertembung masuk laluan bertentangan di Kulim

BACA LAGI: Pelawak terkenal dipenjara 6 bulan di Arab Saudi kerana miliki ganja, boleh dibebas awal jika berkelakuan baik — Sumber

"Tujuh pegawai bomba ditempatkan di tempat kejadian. Kami mendapati panel elektrik terbakar tetapi ia berjaya dikawal oleh pasukan respons KLCC sebelum kami tiba," kata Azimin.

Dalam pada itu, pihak Rapid Rail Sdn Bhd mengeluarkan kenyataan yang stesen KLCC terpaksa ditutup buat sementara waktu.

Disebabkan penutupan itu, pihak Rapid Rail menyediakan bas ulang-alik di stesen Ampang Park, KLCC dan Dang Wangi.

"Para penumpang dinasihatkan untuk ke stesen Persiaran KLCC dan Ampang Park untuk meneruskan perjalanan. Bas ulang-alik secara percuma disediakan di stesen Ampang Park, KLCC dan Dang Wangi.

"Kami berharap semua pihak bertenang dan mengikuti arahan daripada pihak stesen," kata Rapid Rail. — The Star/FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram