DUA wanita maut manakala dua lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter di Kilometer (KM)152, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Felda Nerek di Pahang, pada Sabtu.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang (JBPM) memaklumkan, seramai 16 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran serta Temerloh bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 11.07 pagi.
Menurutnya, setiba di lokasi, mereka menemui sebuah kereta yang terbabas dan jatuh ke dalam gaung.
BACA LAGI: [VIDEO] Bot berlanggar punca pergaduhan, polis siasat 2 individu 'bergusti' di jeti Semporna
BACA LAGI: Polis terima laporan penemuan baharu bangkai kucing, anjing di UM
"Empat wanita dewasa ditemui terperangkap di dalam kenderaan tersebut.
"Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa tersepit menggunakan peralatan penyelamat khas," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau turut memaklumkan bahawa dua wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi cedera parah dan segera dibawa ke Hospital Temerloh untuk rawatan susulan.
Mayat mangsa yang meninggal dunia masih berada di lokasi kejadian dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram