[VIDEO] Penumpang bot 'histeria' lihat 2 pelancong terjunam masuk air lepas tali parasailing terputus di San Andres


  • Berita
  • Sabtu, 04 Jan 2025

Tangkap layar dua pelancong berdepan dengan tragedi malang selepas tali pengikat payung terjun parasailing secara tiba-tiba putus, menyebabkan mangsa dihanyutkan oleh angin kencang sebelum terhempas ke laut.

DUA individu dipercayai cedera parah ketika melakukan aktiviti parasailing di perairan San Andres, Columbia baru-baru ini.

Kejadian malang itu turut dirakam dan kini tular di media sosial sehingga menjadi bualan orang ramai di seluruh dunia.

Manakan tidak, rata-rata warga maya yang melihat video berkenaan mempertikaikan tahap keselamatan syarikat pengendali parasailing tersebut, apatah lagi kejadian itu berlaku ketika angin kencang.

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu jengkaut maut kena hempap kren angkut mesin kuari di India

BACA LAGI: [VIDEO] Penunggang maut tercampak dirempuh kereta dipandu warga Pakistan di Serendah

Melalui video berdurasi lebih seminit yang dikongsikan memaparkan tali pengikat payung terjun secara tiba-tiba putus, menyebabkan mangsa dihanyutkan oleh angin kencang sebelum terhempas ke laut.

Turut kelihatan beberapa penumpang bot turut menjerit ketakutan melihat kejadian itu.

Namun, sehingga kini, tahap kecederaan mangsa masih belum disahkan, dan pihak berkuasa tempatan belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kejadian tersebut walaupun video berkenaan tular di laman media sosial.

Insiden itu sekali gus menarik perhatian orang awam terhadap keperluan mendesak untuk memperketat kawalan keselamatan dalam aktiviti-aktiviti pelancongan, bagi menjamin keselamatan pengunjung dan mengelakkan tragedi serupa di masa depan.

Malah, penduduk tempatan dan pelancong turut mempersoalkan sejauh mana pengusaha aktiviti pelancongan mematuhi langkah-langkah keselamatan, lebih-lebih lagi selepas insiden itu mendedahkan risiko akibat kekurangan pengawasan atau penyelenggaraan peralatan.

Untuk makluman, aktiviti parasailing merupakan salah satu aktiviti pelancongan utama di San Andres. Namun, kemalangan itu telah mencetuskan kebimbangan mengenai tahap keselamatan aktiviti tersebut. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram