SEORANG lelaki tempatan meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta dipandu warga asing di Jalan Azalea 1/1 Sg. Choh dekat Serendah, Selangor pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan berkenaan kira-kira pukul 7.30 malam.
"Kemalangan itu melibatkan sebuah kereta dipandu lelaki warga Pakistan berusia 50 tahun, manakala penunggang motosikal tempatan pula 48 tahun.
"Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, sebaik lampu isyarat bertukar hijau, mangsa meneruskan perjalanan dan secara tiba-tiba datang kereta dari sebelah kanan dan melanggar mangsa.
BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu jengkaut maut kena hempap kren angkut mesin kuari di India
BACA LAGI: 'Pemergian yang dicemburui', ustaz maut kemalangan selepas imamkan solat Jumaat di Kluang
"Akibat kemalangan tersebut, mangsa tercampak ke tepi jalan dan dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Penunggang maut melambung dirempuh kereta dipandu warga Pakistan di Serendah pic.twitter.com/BSoYDtFEq1
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 4, 2025
Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 8.45 malam semasa mendapatkan rawatan pada hari sama.
"Bedah siasat ke atas mangsa dijalankan di hospital berkenaan pada pagi Jumaat bagi mengenal pasti punca kematian," ujarnya.
Jelas beliau lagi, kereta Proton Wira yang dipandu suspek turut ditahan untuk siasatan lanjut.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Ahmad Faizal turut menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat tentang tentang kejadian tersebut untuk tampil membantu siasatan.
Terdahulu, tular satu video kemalangan di persimpangan lampu isyarat yang menunjukkan seorang penunggang motosikal dirempuh sebuah kenderaan sehingga mangsa melambung ke udara.
Menurut perkongsian dari warga maya, Ramli Muhammad, mangsa yang dikenali sebagai Hisamuddin Jamal dari tempat kerja dan dalam perjalanan pulang ke rumah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram