DI sebalik pertumbuhan ekonomi yang agak perlahan di rantau Asia, sektor penerbangan peribadi dilaporkan masih menunjukkan potensi untuk terus berkembang.
Laporan terbaru oleh Mordor Intelligence menyatakan bahawa pasaran jet perniagaan Asia-Pasifik mencecah AS$1.59 bilion pada 2024 dan berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkompaun sebanyak 6.91 peratus untuk mencapai AS$2.37 bilion menjelang 2030.
Pasaran tersebut pada masa sama turut sedang berkembang melangkaui hanya sekadar bagi tujuan perjalanan peribadi.
BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim
Menurut tinjauan Luxury Travel Advisor baru-baru ini, 68 peratus daripada penasihat melaporkan peningkatan permintaan untuk jadual perjalanan ditempah khas, penginapan lanjutan, privasi dipertingkatkan dan perkhidmatan peribadi premium.
Bersedia untuk memenuhi keperluan peralihan tersebut ialah syarikat penerbangan swasta global, VistaJet.
Sebagai peneraju pasaran dalam bidang itu, syarikat terbabit menunjukkan perkembangan ketara di Asia, sekali gus mengukuhkan dirinya sebagai rakan kongsi penerbangan persendirian pilihan untuk ahli perniagaan dan individu bernilai tinggi.
Meraikan ulang tahunnya ke-20 tahun ini, VistaJet terus mengukuhkan kedudukannya di rantau Asia Pasifik dan menetapkan hala tuju pertumbuhan masa depan.
Naib Presiden Eksekutif Jualan Program Asia Pasifik, Vista Global dan VistaJet, Crystal Wong.
Naib Presiden Pksekutif Jualan Program, Asia Pasifik, Vista Global dan VistaJet, Crystal Wong, memberitahu StarBiz 7 bahawa sektor jet perniagaan di Asia berkembang dengan mantap dari tahun ke tahun, didorong peningkatan bilangan individu bernilai tinggi.
Perkembangan itu turut didorong peningkatan permintaan daripada perniagaan yang mengutamakan fleksibiliti, privasi dan kecekapan.
Permintaan serantau
"Asia Tenggara, khususnya, sedang muncul sebagai pasaran pertumbuhan ketara.
“Di Singapura, sebagai contoh, pelepasan pesawat perniagaan pada 2023 melepasi paras pra-Covid sebanyak hampir 28 peratus,” katanya.
Crystal berkata, syarikat itu menyaksikan lonjakan permintaan luar biasa pada separuh pertama 2024 (1H24).
“Rantau ini mencatatkan peningkatan 28 peratus yang mengagumkan dalam trafik penerbangan, 27 peratus pertumbuhan dalam jumlah jam penerbangan, dan lebih 11 peratus pertumbuhan dalam keahlian program.
“Kami menyediakan pelbagai destinasi global, tetapi di rantau ini, kami telah melihat permintaan tinggi untuk penerbangan dari dan ke bandar utama di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand,” kongsinya.
VistaJet menyediakan pelbagai destinasi global dan terdapat permintaan tinggi untuk penerbangan dari dan ke bandar utama di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand.
Destinasi popular dari Malaysia termasuk Seletar (Singapura), Soekarno-Hatta International (Indonesia) dan Hong Kong International.
“Ini mencerminkan keperluan untuk hubungan lancar antara Malaysia dan hab perniagaan utama di seluruh Asia.
"Kami melihat corak sama untuk berlepas, dengan Phnom Penh, Kemboja dan Da Nang, Vietnam, menjadi destinasi keluar paling banyak mendapat permintaan,” katanya.
Langit cerah di hadapan
Crystal berkata, faktor penting bagi pertumbuhan sewaan jet peribadi adalah kepesatan pertumbuhan ekonomi dan infrastruktur di rantau ini.
“Kami berada di Asia Tenggara selama lebih 15 tahun, menguasai lebih 50 peratus bahagian pasaran berbanding pengendali penerbangan perniagaan pada 1H24 di seluruh Asia seperti yang dilaporkan data WingX,” ujarnya.
VistaJet menawarkan perkhidmatan yang menggabungkan kedua-dua segmen pelanggan iaitu korporat dan swasta.
Langkah itu dapat dibuat dengan mengambil kira keupayaan syarikat terbabit menyesuaikan perkhidmatan dalam kabinnya mengikut keutamaan individu, sama ada untuk perniagaan atau percutian.
“Pertumbuhan dalam perjalanan korporat juga meningkat. Kami melihat lonjakan 49 peratus dalam kepentingan korporat di seluruh dunia sejak permulaan wabak itu,” tambah Crystal.
Dalam pada itu, beliau berkata, inovasi perniagaan dilaksanakan VistaJet menjadi tulang belakang kepada operasinya kerana ia memberikan pelanggan fleksibiliti menggunakan jet peribadi tanpa beban kos pemilikan.
Tawaran pengalaman VistaJet, termasuk Private World, membantu mengatur perjalanan dipesan terlebih dahulu untuk ahlinya.
Pengembangan perniagaan VistaJet di seluruh dunia membolehkan syarikat itu menawarkan pelanggannya akses meluas terhadap kumpulan pesawat miliknya.
Sehingga kini, penumpang VistaJet telah terbang ke lebih 2,400 lapangan terbang di 96 peratus negara di dunia.
"Memandangkan permintaan untuk jet perniagaan meningkat, kami mahu berada pada kedudukan yang baik untuk memenuhi keperluan pasaran yang dinamik ini," ujar Crystal.
Melebarkan sayap
Dua dekad sudah berlalu dan VistaJet telah mempamerkan perubahan yang luar biasa sejak ia memulakan operasinya di dunia penerbangan.
Antara bidang yang berjaya dikembangkan syarikatnya adalah segmen perjalanan pengalaman, yang merupakan peristiwa penting memacu VistaJet untuk mentakrifkan apa yang disebut sebagai perjalanan mewah.
"Pengenalan elemen pengalaman di VistaJet adalah penting kerana ia mencerminkan jangkaan pengembara mewah yang berkembang.
“Individu yang mempunyai nilai bersih sangat tinggi hari ini mencari lebih daripada sekadar pengangkutan; mereka mendambakan pengalaman eksklusif dan diperibadikan yang unik dan bermakna,” ujarnya.
Penilaian dan jangkaan Crystal terhadap potensi pasaran tersebut adalah berdasarkan fakta yang kukuh.
Crystal berkata, syarikat itu menyaksikan lonjakan permintaan luar biasa pada separuh pertama 2024 (1H24).
Laporan terbaru daripada McKinsey & Co menyerlahkan peningkatan permintaan untuk 'kemewahan yang tenang' dengan pelanggan semakin mengutamakan destinasi persendirian, terpencil dan pengalaman disesuaikan yang hanya boleh diakses melalui jet peribadi.
Tawaran pengalaman VistaJet, termasuk Private World, membantu mengatur perjalanan dipesan terlebih dahulu untuk ahlinya.
Syarikat penerbangan itu juga bekerjasama dengan pakar global bagi memberikan pengalaman unik.
"Ahli kami boleh terbang ke destinasi merentasi lebih 200 negara dan wilayah, membuka dunia kemungkinan dan jadual perjalanan yang disusun secara eksklusif.
"Matlamatnya adalah untuk menjadikan setiap saat yang luar biasa - dari saat penerbangan ditempah kepada pengalaman yang sukar dilupakan selepas itu," katanya.
Pengalaman peribadi jadi kunci
Berbanding syarikat penerbangan komersial, penerbangan peribadi menawarkan beberapa kelebihan utama, terutamanya untuk perniagaan dan pengembara arif yang mengutamakan fleksibiliti, privasi dan produktiviti.
Tetapi VistaJet tampil membezakan dirinya dengan pelbagai tawaran diperibadikannya.
Crystal berkata, mereka mempunyai pasukan terdiri daripada lebih 4,400 pakar penerbangan dari lebih 60 negara yang bertutur dalam pelbagai bahasa dan memahami pelbagai budaya serta keperluan khusus pelanggan.
Kesejahteraan kekal menjadi keutamaan dengan program kesihatan holistik merangkumi peringkat pra-penerbangan, semasa penerbangan dan selepas penerbangan, dengan lebih 20 terapi dan amalan disesuaikan untuk pelanggannya.
VistaJet juga mempunyai pasukan penyediaan hidangan persendirian yang terdiri daripada hampir 50 pakar di hab utama seperti Hong Kong, Dubai, London dan AS untuk memastikan pelanggan dapat menikmati makanan terbaik pada ketinggian 45,000 kaki.
Ahli juga boleh mendapat akses ke pertubuhan paling eksklusif di dunia melalui rangkaian global daripada rakan kongsi yang dipilih khas.
“Dengan jadual perjalanan disesuaikan yang dibuat dengan rakan kongsi kami, ahli boleh menyelami budaya tempatan, mengambil bahagian dalam ritual tradisional dan belajar terus daripada pakar beberapa tradisi kesihatan yang sangat dihormati di dunia,” jelasnya.
Syarikat itu juga melayani pengembara perniagaan dengan Wi-Fi berkelajuan tinggi dan pilihan untuk mengubah kabin menjadi seperti pejabat di langit.
Terdapat juga program kanak-kanak yang komprehensif untuk keluarga dan program haiwan peliharaan bagi mereka yang ingin terbang bersama teman setia mereka.
"Komitmen untuk memperkayakan kehidupan melalui perkhidmatan diperibadikan inilah yang menjadikan VistaJet sebagai bahagian amat diperlukan dalam pengalaman perjalanan mewah," tambah Crystal. — The Star/RICHARD AUGUSTIN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram