Pemilik kenderaan ada 6 bulan 'settle' saman trafik pada kadar RM150 atau berdepan risiko disenarai hitam JPJ


  • Primer
  • Khamis, 02 Jan 2025

Kadar khas itu akan bermula pada Rabu dan meliputi tiga kesalahan trafik. — Gambar hiasan

PEMILIK kenderaan mempunyai tempoh enam bulan menjelaskan tiga jenis saman trafik pada kadar tetap khas RM150, atau mereka berdepan risiko tidak boleh memperbaharui lesen dan cukai jalan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, kadar khas itu akan bermula pada Rabu dan meliputi tiga kesalahan trafik.

Kesalahan itu melebihi had laju, tidak mematuhi peraturan lampu isyarat, notis 114 (memerlukan pesalah disoal siasat), dan notis 115 (sampan tampal) dengan kesemua saman terbabit lazimnya menelan kos RM300.

BACA LAGI: 'Karom bukan boleh pergi jauh, tak macam bola sepak', atlet cedera bersyukur dapat kerja MBPJ

BACA LAGI: [VIDEO] Mengamuk tak diberi laluan rupanya, pemandu bas hijau tendang cermin kereta wanita Taiwan di JB ada 3 rekod jenayah

“Kita beri kadar khas selama enam bulan supaya mereka yang tidak membayar saman dapat melakukannya dengan segera.

"Jika tidak bayar saman, mereka tidak boleh memperbaharui lesen memandu.

“Tempoh pembayaran bermula pada hari Rabu (3 Jan) sehingga 30 Jun,” katanya pada sidang media selepas melancarkan pejabat baharu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Putrajaya pada Selasa.

Transport Minister Anthony Loke - Bernama

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke.

Anthony berkata, pembayaran hanya boleh dibuat melalui kaunter JPJ, kiosk JPJ, kaunter mudah alih dan aplikasi myJPJ.

Pembayaran tidak boleh dibuat melalui saluran lain termasuk MyEG atau Pos Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata, mereka yang mempunyai saman tertunggak telah pun disenaraihitamkan.

“Beberapa saman tertunggak telah pun disenaraihitamkan tanpa mereka sedari. Jadi apabila cukai jalan mereka perlu diperbaharui, mereka tidak boleh memperbaharui cukai jalan,” katanya.

Beliau berkata, terdapat individu mungkin tidak menyedari mereka disenaraihitamkan kerana cukai jalan dan lesen memandu mereka masih perlu diperbaharui.

“Apabila cukai jalan atau lesen perlu diperbaharui, mereka tidak boleh memperbaharuinya kerana saman tertunggak.

"Sebab itu kita beri tempoh tangguh enam bulan supaya mereka boleh membayar saman pada kadar istimewa RM150, supaya mereka boleh segera memperbaharui lesen atau cukai jalan,” katanya.

Pada masa ini, terdapat dua juta saman tertunggak di bawah Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS). — The Star/RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram