PIHAK pengurusan Pinkfish bersedia untuk memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan siasatan terhadap kes kematian empat orang pengunjung ketika sambutan ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Kuala Lumpur pada Selasa lalu.
Penganjur itu juga mendakwa bahawa kejadian tersebut berlaku selepas acara berlangsung.
"Kami bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk memberikan sokongan diperlukan kepada mereka yang terjejas termasuk keluarga si mati.
"Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung, kakitangan serta komuniti sekitar menjadi keutamaan kami," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
BACA LAGI: [VIDEO] Empat maut ketika hadiri konsert 'countdown New Year' di Bandar Sunway
BACA LAGI: Inisiatif tabung infak makanan PIBG sekolah elak calon SPM berlapar jawab peperiksaan
Tangkap layar video tular memaparkan petugas kecemasan mengusung mangsa menuju ke arah ambulans untuk mendapatkan rawatan.
Pihaknya pada masa sama sentiasa berhati-hati dan mengambil pelbagai langkah keselamatan bagi setiap acara dianjurkan termasuk Pinkfish Countdown 2024.
Katanya, antara langkah diambil adalah menggunakan kawalan lebih 100 anggota polis yang menempatkan anggota keselamatan terlatih serta Unit Anjing Pengesan (K9) di semua pintu masuk.
"Kami amat sedih dengan kejadian yang mengakibatkan empat nyawa terkorban di konsert berkenaan.
"Kami mendoakan ketabahan ahli keluarga yang kehilangan orang tersayang dan bersama mereka," tambahnya.
Dalam kejadian sama, seramai dua elaki dan dua wanita dilaporkan meninggal dunia selepas menghadiri Konsert Pinkfish tersebut.
Hasil siasatan polis mendapati, kesemua si mati yang menghadiri konsert itu pada 31 Disember 2024 berusia antara 20 hingga 40 tahun.
Kes juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram