POLIS mengesahkan pereka grafik yang juga merupakan aktivis, Fahmi Reza ditahan reman sehari bagi membantu siasatan berhubung karikatur dihasilkannya baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, arahan reman dikeluarkan Mahkamah Majistret pada Selasa.
"Dia akan disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
BACA LAGI: Tampal karikatur poster Musa Aman, Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan 1948
BACA LAGI: Antara terima kasih dan kena block, Fahmi Reza pilih tolak pelawaan TMJ
Fahmi bergambar di hadapan salah satu daripada beberapa hasil seni yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini.
Majistret Wan Farah Farriza Wan Ghazali memerintahkan tahanan reman selama sehari kepada Fahmi selepas pihak pendakwaan memohon tempoh penahanan sehingga empat hari.
Ketua Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, Fahmi ditahan selepas dia pergi ke Balai Polis Penampang, Sabah kira-kira pukul 5.30 petang Isnin.
Ini setelah terdapat 30 laporan polis dibuat terhadap aktivis berkenaan di atas kesalahan menghasut selain beberapa dakwaan lain.
Fahmi turut memberitahu dia tidak akan menjawab sebarang soalan dengan tindakan itu dibuat berdasarkan Seksyen 112 Kanun Prosedur jenayah kerana beranggapan setiap kenyataan dibuat boleh digunakan untuk mendakwanya. — The Star/DURIE RAINER FONG dan SANDRA SOKIAL
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram