DUA lelaki dan dua wanita dilaporkan meninggal dunis selepas menghadiri Konsert Pinkfish di Bandar Sunway dekat Subang, Selangor pada Selasa.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima empat laporan berhubung kejadian itu daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
"Hasil siasatan mendapati, kesemua si mati yang menghadiri konsert itu pada 31 Disember 2024 berusia antara 20 hingga 40 tahun.
BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja sawit meraung lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan di Sumatera Utara
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia
"Proses bedah siasat telah dijalankan pada Rabu namun punca kematian masih 'pending laboratory investigation' dan tiada sebarang unsur jenayah atau keracunan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Konsert Pinkfish pic.twitter.com/RYqKNabjmL
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) January 2, 2025
Jelas beliau lagi, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau keracunan.
"Sehubungan itu, orang ramai mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Rizal Pusat di talian 03-56382122 atau Pusat Kawalan Daerah di talian 03-78627222 untuk menyalurkan maklumat," jelasnya.
Terdahulu, tular beberapa video memaparkan petugas kecemasan mengusung mangsa menuju ke arah ambulans untuk mendapatkan rawatan.
Rata-rata warga maya yang melihat video tersebut mula mengaitkan kejadian itu dengan kematian mangsa di Bandar Sunway. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram