SEORANG anggota polis mengalami kecederaan ringan selepas dilanggar oleh suspek ketika pihak berkuasa sedang mengejarnya di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Maslan Udin berkata, suspek berusia 37 tahun itu melanggar anggota tersebut ketika sedang membawa trak pikap untuk melarikan diri.
Kejadian yang berlaku semasa 1.40 pagi pada Rabu di Batu 4, Jalan Pantai, Port Dickson dengan lima kenderaan peronda polis mengejar suspek.
BACA LAGI: Nenek maut basikal ditunggang lawan arus tepi jalan bergesel kereta di Tangkak
BACA LAGI: Ditemukan mati di sungai, polis sahkan mayat reput di Banting milik Yap Xin Yuan
Polis kemudiannya mendapati suspek memiliki dan kabel yang dicuri serta alatan yang digunakan untuk melakukan perbuatan tersebut.
"Supek kemudiannya ditahan berdekatan lampu isyarat di satu simpang di Batu 1, Jalan Pantai.
"Semasa pemeriksaan, pegawai-pegawai saya menemui kabel yang tersorok di dalam guni serta 19 gram syabu dan 55 gram ganja.
Tambah Maslan, suspek yang ditahan reman sehingga Sabtu itu sudah mempunyai 26 rekod jenayah lampau melibatkan dadah dan kesalahan jenayah lain. Ujian air kencing turut mendapati suspek positif ganja.
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 307, 353, dan 379 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh dan menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam dan mencuri serta seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya. — The Star/SARBAN SINGH
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram