‘Tak jumpa, tak bayar’, Kabinet setuju sambung pencarian MH370 bersama Ocean Infinity cecah kos RM315 juta


  • Primer
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Kerajaan dan Ocean Infinity akan menyambung semula pencarian MH370.

KABINET bersetuju untuk meneruskan semula pencarian pesawat MH370 bersama Ocean Infinity yang menelan belanja sebanyak $70 juta (RM315 juta).

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, pihaknya bersama Ocean Infinity sedang di peringkat akhir perbincangan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines itu dengan segalanya boleh dimeterai pada awal 2025.

Anthony berkata, syarat "tak jumpa, tak bayar" digunakan antara Kabinet dengan Ocean Infinity mengenai pencarian tersebut.

BACA LAGI: Kerajaan pertimbang cadangan Ocean Infinity jejak lokasi baharu pesawat MH370

BACA LAGI: Sedekad hilang, isyarat baharu MH370 dikesan di Australia Barat

"Yurannya adalah sebanyak $70 juta sekiranya pesawat itu berjaya ditemui," kata Anthony pada Jumaat.

Tambahnya lagi, Pejabat Peguam Negara sedang menyemak perjanjian bersama Ocean Infinity dengan kontrak tersebut akan berjalan selama 18 bulan.

Sebelum ini, Ocean Infinity melakukan pencarian di Lautan Hindi dari 2017 hingga akhir 2018.

Pada Mac lalu, syarikat yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat itu mendakwa menjumpai bukti saintifik mengenai lokasi terakhir MH370 dapat dikesan. — The Star/TARRENCE TAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram