Tun M malu besar, tuduh 3 menteri di bawah Kabinetnya berbohong isu Pulau Batu Puteh


  • Primer
  • Selasa, 17 Dis 2024

Dr Mahathir mengakui malu kerana mempunyai menteri sedemikian dalam Kabinetnya sebelum ini.

TUN Dr Mahathir Mohamad menuduh tiga menteri Kabinetnya berbohong mengenai keputusan untuk menarik balik permohonan semakan dan tafsiran Pulau Batu Puteh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau berasa malu kerana mempunyai menteri sedemikian dalam Kabinetnya.

"Minit mesyuarat Kabinet yang bocor menunjukkan bahawa kenyataan dibuat oleh ketiga-tiga menteri itu tidak benar dan palsu.

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang lebih seminggu lepas jumpa lelaki baru dikenali, wanita ditemukan mereput dalam longkang di Sarawak

BACA LAGI: Dulu suka main 'buat kuih' dalam bilik air, kini Nurul Hazwana mahu empayar kek kuasai seluruh Perak

"Saya malu kerana mereka berada dalam Kabinet saya pada masa itu tetapi berbohong," katanya kepada media selepas melepaskan Konvoi Misi Kemanusiaan Pasca Banjir di Putrajaya, pada Selasa.

Sebelum ini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam kenyataan bersama mendakwa bahawa Dr Mahathir membuat keputusan untuk tidak meneruskan semakan dan tafsiran mengenai isu Pulau Batu Puteh melalui surat kepada Peguam Negara tanpa merujuk Kabinet terlebih dahulu.

Bagaimanapun, menurut minit mesyuarat Kabinet yang diterima Ketua Whip Perikatan Nasional, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, ia disahkan sebagai keputusan kolektif. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram