Ditemukan mati di sungai, polis sahkan mayat reput di Banting milik Yap Xin Yuan


  • 112
  • Khamis, 02 Jan 2025

Polis mengesahkan mayat yang dijumpai di Sungai Changgang adalah Yap Xin Yuan.

PIHAK polis mengesahkan mayat reput di sungai terletak di Banting, Selangor pada 28 Disember adalah Yap Xin Yuan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mayat perempuan berusia 15 tahun itu disahkan hasil daripada ujian analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Mayatnya kini sedang dituntut oleh ahli keluarganya di Hospital Banting.

BACA LAGI: Keputusan DNA identiti mayat reput Banting dijangka Khamis

BACA LAGI: Mayat reput disyaki dibunuh ditemukan di Banting: Famili harap bukan remaja perempuan hilang, polis tunggu laporan DNA

Hussein turut berkata, pihaknya mereman tiga suspek termasuklah teman lelaki mangsa dan menjangkakan penahanan akan dilanjutkan.

"Terdapat tiga suspek yang ditahan, termasuk teman lelaki mangsa yang sudah direman sehingga Ahad (5 Januari). Tapi kami jangkakan untuk lanjutkan tempoh tahanan.

"Mayat ditemui di Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang (dalam keadaan reput), dan pengesahan fizikal tidak boleh dilakukan. Bedah siasat dilakukan di Hospital Banting," kata Hussein.

Kes tersebut dikelaskan sebagai bunuh dengan motif pembunuhan masih lagi dalam siasatan.

Pada 19 Disember lalu, Xin Yuan dilaporkan hilang selepas menjalani latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang di Batu 11, Cheras, Selangor. — The Star/ FARIK ZOLKEPLI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram