'Bukan tak percaya bakat lokal, cuma memori lalu buatkan FAM pilih kepakaran luar'


  • Podium
  • Rabu, 01 Jan 2025

Friend (kiri) dan Cklamovski diberikan kepercayaan untuk menyuntik nafas baharu kepada FAM dan Harimau Malaya.

PELANTIKAN Rob Friend sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) pertama Harimau Malaya membuka lembaran baharu dalam landskap bola sepak tanah air kerana ia kali pertama Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berbuat demikian.

Keputusan itu sememangnya menerima sambutan baik daripada penyokong skuad kebangsaan yang kagum dengan kariernya, baik sebagai pemain mahupun usahawan yang membangunkan Liga Perdana Kanada.

Namun, di sebalik sikap tangan terbuka itu, ada pula yang beranggapan tindakan FAM wajar dipersoalkan kerana mereka lebih mempercayai kepakaran luar negara daripada anak tempatan.

BACA LAGI: Pertemuan TMJ-Madame Pang buka pintu pemain muda ke Thailand, buka ruang timba ilmu

BACA LAGI: Bekas juara Piala Malaysia disebut-sebut buat 'comeback', tak mustahil sejarah mungkin berulang

malaysia0409

Kekalahan memalukan kepada UAE menjadi momen gelap dalam sejarah bola sepak tanah air.

Pandangan tersebut masih boleh diterima, tetapi peluang diberikan kepada bakat lokal selama ini kerap disia-siakan, seperti mana ditegaskan pemerhati bola sepak tanah air, Prof Madya Zulakbal Abd Karim.

"(Kepakaran tempatan) bukanlah pupus, tetapi terbukti sebelum ini apabila Datuk Dollah Salleh mengendalikan Harimau Malaya, mereka kalah 0-10 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"Saya tak nafikan ada banyak bakat, cuma mereka tidak diberikan kepercayaan dan seperti ada krisis kepercayaan terhadap bakat tempatan. Apabila kita beri peluang, ada pula yang kalah teruk sebegitu," katanya kepada Majoriti.

Sebelum Rob Friend diumumkan sebagai CEO, FAM turut mengambil inisiatif memperkenalkan jurulatih kelahiran Australia, Peter Cklamovski sebagai pengendali Harimau Malaya.

fren3112b_1735617713

Karier Rob Friend menjadikannya calon terbaik sebagai CEO pertama Harimau Malaya.Facebook/FAM

Pelantikannya itu sekali gus memadam ura-ura mengatakan skuad kebangsaan bakal dibimbing Nafuzi Zain yang bagaimanapun diberikan kepercayaan membimbing skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara.

Kehadiran kedua-dua individu baharu dalam landskap bola sepak negara itu sememangnya diharapkan dapat membawa nafas baharu selepas setahun yang mengecewakan, lebih-lebih lagi semasa kempen Piala Asia.

Dalam pada itu, Zulakbal sempat menegaskan Rob Friend perlu menyesuaikan diri dengan budaya tempatan segera bagi mengenal pasti syarikat yang boleh dibawa masuk sebagai sumber pendapatan Harimau Malaya.

"Dia perlu cepat mempelajari cara mereka di sini bekerja, syarikat swasta manakah yang berminat untuk melabur dan pendekatan boleh diambil untuk mengadakan kerjasama dengan badan berkepentingan seperti polis.

"Sekiranya dia lambat menyesuaikan diri, siapa sahaja yang dibawa masuk tidak akan dapat capai matlamat jelas sudah ditetapkan, iaitu melayakkan di ke Piala Asia 2027 dan berada di ranking FIFA lebih baik," katanya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram