KEPUTUSAN ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dilaksanakan terhadap mayat reput yang ditemui di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Selangor dijangka diperolehi pada Khamis.
Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan termasuk mengenal pasti motif pembunuhan mangsa.
"Keputusan DNA mayat reput yang ditemui pada Sabtu lalu dijangka diperolehi esok bagi mengesahkan identiti mangsa,” katanya pada Rabu.
BACA LAGI: Wanita Indonesia ditemui mati dalam hotel bajet di Puchong, 2 lelaki warga asing ditahan
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia

Xin Yuan dilaporkan hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras.
Majoriti pada Selasa melaporkan, polis mengesyaki penemuan mayat reput di Banting itu dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan remaja perempuan berusia 15 tahun di Kajang, Selangor sejak 19 Disember lalu.
Menurut Hussein, pihaknya kini menunggu keputusan ujian DNA untuk mengesahkan identiti mangsa.
Pada 21 Disember lalu, polis memohon bantuan orang awam untuk mengesan remaja perempuan bernama Yap Xin Yuan yang hilang selepas menghadiri latihan tarian singa di gelanggang bola keranjang Batu 11, Cheras, pada 19 Disember lalu.
Mengulas lanjut, Hussein memaklumkan, polis sudah menahan tiga individu termasuk teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh.
"Setakat ini, tiga suspek masing-masing berusia 16, 20 dan 51 tahun ditahan dan direman sehingga Ahad," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram
