[VIDEO] Tak peduli ada budak, 2 suspek larikan diri sampai ke Jasin lepas samun rumah di Muar


  • 112
  • Khamis, 19 Dis 2024

Rakaman CCTV menyaksikan suspek (kiri) cuba melarikan diri selepas disedari pemilik rumah (kanan).

SUSPEK bagi kes samun berkawan dan bersenjata yang tular di Muar, Johor didapati melarikan diri sehingga ke Jasin, Melaka.

Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan pada Selasa mengenai kejadian tersebut yang berlaku di Taman Sri Treh, Muar, Johor.

Siasatan yang dilakukan pihak polis mendapati suspek yang terdiri daripada dua orang melarikan diri dan meninggalkan kereta yang dinaiki mereka di Jasin, Melaka pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Keputusan DNA sahkan mayat reput Nurul Asikin, jenazah dikebumi pada Jumaat

BACA LAGI: [VIDEO] Pemandu warga emas maut dirempuh Toyota Vios akibat masuk simpang secara tiba-tiba di Kluang

Bagaimana pun, kedua-dua suspek masih lagi bebas dan pihak polis dalam proses menangkap mereka.

Sebelum ini, rakaman yang tular di media sosial menyaksikan dua suspek memecah masuk sebuah rumah di Muar dengan menggunakan kereta jenis Perodua Myvi.

Tindakan mereka itu berjaya dihidu oleh tuan rumah dan terdapat dua lelaki datang untuk menangkap mereka. Bagaimanapun, kedua-dua suspek berjaya melarikan diri.

Kes disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta boleh dikenakan denda atau sebat jika didapati bersalah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh tampil ke depan dengan menghubungi Inspektor Seventhi Panner Silvan di talian 011-1625 1909 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-9526001 untuk membantu siasatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram