Fahmi Reza bebas dengan jaminan polis, pulang semula ke Kuala Lumpur


  • 112
  • Rabu, 01 Jan 2025

Fahmi sebelum ini disiasat polis berhubung karikaturnya yang mengkritik pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

FAHMI Reza dibebaskan dengan jaminan polis selepas disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 pada Selasa lalu.

Pereka grafik dan aktivis berusia 47 tahun itu juga dilaporkan telah kembali ke Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintenden Sammy Newton mengesahkan pembebasan tersebut ketika dihubungi media pada Rabu.

BACA LAGI: Tampal karikatur poster Musa Aman, Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan 1948

BACA LAGI: Kartel punca utama kos sara hidup meningkat di Malaysia

"Fahmi dibebaskan pukul 5.30 petang Selasa dan telah kembali ke Kuala Lumpur," katanya.

Fahmi ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang pada Isnin selepas menyerah diri secara sukarela untuk memberikan kenyataan berhubung poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Tindakan itu diambil susulan lebih 30 laporan polis yang dibuat, termasuk aduan mengenai poster karikatur yang didakwa menghina Musa.

Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana penghinaan yang disengajakan dengan niat untuk mencetuskan gangguan keamanan, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar. — The Star/SANDRA SOKIAL

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram