Tampal karikatur poster Musa Aman, Fahmi Reza ditahan bantu siasatan bawah Akta Hasutan 1948


  • 112
  • Selasa, 31 Dis 2024

Fahmi sebelum ini disiasat polis berhubung karikaturnya yang mengkritik pelantikan Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

PEREKA grafik, Fahmi Reza ditahan di balai polis Penampang, Sabah bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung poster karikatur berbaur penghinaan terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-11, Tun Musa Aman.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun berkata, aktivis itu ditahan sekitar pukul 5.30 petang Isnin.

"Kami akan memohon perintah reman pada Selasa untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan," katanya pada Isnin.

BACA LAGI: Tiada istilah menganggur, guru di Temerloh rasai manisnya jana pendapatan cecah RM1,000 sehari lukis potret

BACA LAGI: Kartel punca utama kos sara hidup meningkat di Malaysia

Fahmi atau nama sebenarnya, Mohd Fahmi Reza Mohd Zarin ditahan selepas lebih 30 laporan polis dibuat terhadapnya termasuk atas dakwaan hasutan.

Aktivis itu pada Isnin turut memuat naik hantaran di platform X (Twitter) mengatakan bahawa dirinya dalam perjalanan ke balai polis untuk memberikan keterangan berhubung muat naik poster berkait dengan Musa Aman di Facebook.

Dia bagaimanapun menegaskan mahu menggunakan haknya di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah untuk tidak menjawab sebarang soalan, dengan alasan kenyataan itu boleh digunakan untuk mendakwanya.

"Kalau aku tak update (kemas kini) sebelum pukul 8 malam maknanya aku akan tidur lokap malam ini," katanya.

Sebelum ini, Jauteh memaklumkan bahawa mereka masih mengesan Fahmi. — The Star/DURIE RAINER FONG

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram