Kartel punca utama kos sara hidup meningkat di Malaysia


  • Primer
  • Jumaat, 20 Dis 2024

Kartel menjadi punca peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan golongan berpendapatan rendah di Malaysia. — Gambar hiasan/Agensi

SEBUAH Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSSC) sedang merangka cadangan kepada kerajaan untuk mengurangkan isu peningkatan kos sara hidup.

PSSC berkata, gaji minimum RM1,700 perlu dikaji semula setiap tahun dan langkah untuk mengadakan jualan berkala barangan keperluan khusus buat kumpulan berpendapatan rendah serta sederhana hanyalah kelegaan sementara.

Katanya, Bank Negara Malaysia menganggarkan bahawa gaji sara hidup di Lembah Klang ialah RM2,700 pada 2018.

BACA LAGI: Jaga integriti, anggap arahan senior sebagai tugas antara ilmu berharga buat 2 rekrut penguatkuasa MBPJ

BACA LAGI: [VIDEO] Khabar angin Jakarta bakal tenggelam makin kuat, air laut mula melimpah ke kawasan penduduk

5993435289302972010

Harga jualan barangan keperluan di Malaysia dianggap masih terkawal dan rendah berbanding negara lain. — Gambar hiasan/The Star

Menurutnya juga, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kos sara hidup rendah.

"Bagaimanapun, masalah sebenar adalah pendapatan per kapita masih rendah.

"Isu kos sara hidup membebankan rakyat Malaysia khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

"Walaupun mereka tidak termasuk dalam kategori miskin tegar, ramai yang merasakan pendapatan mereka tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian," katanya.

Ia mendapati bawaha inisiatif kerajaan seperti tawaran makanan, pakaian dan keperluan harian pada harga yang lebih rendah bukanlah penyelesaian jangka panjang.

Menurut laporan itu, monopoli dan kartel adalah antara punca utama di sebalik kenaikan kos sara hidup.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, tahap pendapatan tidak dapat menampung kos sara hidup.

"Sekiranya harga dan pendapatan naik seiring, kita tidak sepatutnya mempunyai sebarang isu. Masalahnya apabila kedua-duanya tidak sama.

"Matlamatnya bukan untuk menjadikannya murah. Ramai orang berpendapat bahawa tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup ialah mengurangkan harga, atau lebih baik secara percuma.

"Bagaimanapun, ia hanya menyelesaikan masalah buat sementara waktu sahaja," jelasnya.

Beliau juga memetik contoh kenaikan harga atas sebab yang betul seperti harga ikan semasa musim tengkujuh dan daging lembu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Haji.

"Pada masa inilah petani boleh mendapatkan harga yang lebih baik. Kami ingin membantu orang miskin dan orang miskin adalah petani. Tapi bila harga naik, kita kata kawal. Itu pelik, bukan?," tambahnya.

Cadangan lain daripada jawatankuasa PSSC untuk menangani isu tersebut termasuk penubuhan Coop Mart di setiap kawasan Parlimen,

"Gerakan koperasi harus dijadikan platform utama untuk membantu kerajaan mengatasi isu kos sara hidup.

"Kadar inflasi harus kekal dalam julat 2 peratus dan 3.5 peratus," tambahnya. — The Star/GERARD GIMINO DAN RAGANANTHINI VETHASALAM

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram