IBU saudara kepada Allahyarham Muhammad Umar Khairul Ikhwan tidak menyangka majlis perjumpaan keluarga di Bandar Baru Bangi, Selangor merupakan kali terakhir dia melihat anak saudara lelakinya itu sebelum nahas kemalangan membabitkan lima kenderaan di di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan pada Isnin.
Muhammad Umar yang berusia dua tahun teruja dapat bersama ibu saudara dan datuk neneknya pada majlis perjumpaan keluarga itu dan tidak berhenti melambai selamat tinggal ketika mereka berlepas pulang di Bandar Baru Bangi.
"Dia melambai laju ketika mereka hendak beredar. Dia tidak berhenti melambai kepada saya sehinggalah kereta itu hilang dari pandangan," kata Nur Aqilah Mazupi yang berusia 30 tahun.
BACA LAGI: [VIDEO] Tayar treler tercabut punca nahas ragut 7 nyawa termasuk kanak-kanak di Lebuhraya PLUS
BACA LAGI: Tiga sefamili maut, nahas babit 2 kereta dekat simpang masuk ladang di Mersing
Muhammad Umar maut dalam kemalangan lima kenderaan tragis di Lebuhraya Utara-Selatan pada pukul 8.45 malam, Isnin bersama ibu bapanya Khairul Ikhwan Mazupi dan Fadzlenna Ramli, yang kedua-duanya berusia 32 tahun.
Turut maut dalam kemalangan itu ialah bapa Fadzlenna iaitu Ramli Ab Wahab, 66, dan ibu Fauziah Jaafar, 69.
Abang Muhammad Umar, Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, dan kakaknya Nur Sofea Humaira yang berusia empat tahun pula sedang turut bertarung nyawa di Hospital Melaka.
Nur Aqilah berkata, majlis perjumpaan keluarga itu diaturkan oleh abangnya Khairul dan Fadzlenna Ramli.
Abang dan kakak iparnya masing-masing bekerja sebagai pembantu perubatan di Hospital Serdang dan Hospital Kuala Lumpur.
Kemalangan berlaku apabila bas yang tiba di lokasi kejadian terlanggar tayar tersebut dan hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan. — Facebook/APM Alor Gajah
“Kakak ipar saya juga ingin melawat keluarganya di Melaka dan kesemua mereka dalam perjalanan pulang ke Selangor apabila kemalangan itu berlaku,” katanya di Jabatan Forensik Hospital Melaka pada Selasa.
Nuraqilah berkata, mereka sekeluarga juga baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka, kira-kira seminggu lalu.
“Arwah abang saya memberitahu bahawa dia mengadakan sambutan bersama itu untuk berlaku adil kepada semua anaknya kerana dua anaknya adalah bayi Disember dan seorang lagi dilahirkan pada Februari.
“Sambutan hari jadi itu diadakan di rumah nenek saya di Bangi, Selangor,” katanya.
Nuraqilah berkata, dia tidak pernah menyangka perhimpunan di Melaka itu adalah kali terakhir dia bertemu keluarga abangnya.
"Keluarga saya sedang menguruskan pengebumian untuk orang yang kami sayangi," katanya.
Kemalangan itu mengakibatkan tujuh individu maut di tempat kejadian. — Facebook/APM Alor Gajah
Nahas ngeri itu berlaku pada 8.45 malam Isnin, mengorbankan tujuh individu, termasuk lima sekeluarga, manakala 33 lain cedera.
Ia membabitkan sebuah bas persiaran yang membawa seramai 27 penumpang, lori, treler, kereta sedan dan kenderaan pelbagai guna (MPV).
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tayar lori yang tercabut d lorong tengah, menyebabkan pemandu bas yang melalui laluan sama hilang kawalan.
Bas persiaran itu melencong ke laluan bertentangan dan bertembung dengan tiga kenderaan, mengakibatkan lima penumpang MPV, seorang pemandu bas pelancong, Noorisnien Khamid, 56; dan penumpang bas persiaran warga Singapura Lamrah Asid Ali, 66, turut terkorban. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram