LAPAN individu termasuk dua kanak-kanak cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Toyota dan lori treler jenis Volvo di Jalan Felda Nitar Satu, Mersing, Johor, pada Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor dalam satu kenyataan memaklumkan kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 3 petang.
BACA LAGI: [VIDEO] Tayar treler tercabut punca nahas ragut 7 nyawa termasuk kanak-kanak di Lebuhraya PLUS
BACA LAGI: Tiga sefamili maut, nahas babit 2 kereta dekat simpang masuk ladang di Mersing
"Sebaik menerima panggilan, sepasukan 13 anggota Bomba dari balai Bomba Mersing bergegas ke lokasi diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Shamsuri Shafai.
“Sebaik tiba di lokasi pasukan penyelamat mendapati pemandu kereta Toyota tersepit di tempat duduk pemandu dan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas.
“Tujuh lagi penumpang dipercayai dari satu keluarga cedera termasuk dua orang kanak-kanak lelaki masing-masing berumur 6 tahun dan 3 tahun," menurut kenyataan itu.
Keadaan kereta yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Felda Nitar Satu, Mersing, Johor, pada petang Sabtu. — BPP Mersing
Mangsa cedera dikenali sebagai Rosli Abdah, 37 tahun yang juga pemandu kereta dan penumpang hadapan, Nur Bazilah Ahmad, 36, selain Muhamad Iqbal, 15, Mohamad Irfan, 13, Nurul Aliyea Shuhada Abdullah, 16, dan Nur Ain Syakirah Roslee, 10 tahun.
Pemandu lori dikenali sebagai Kajenthiran Tamilselvam, 36, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Semua mangsa cedera dihantar ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram