Naik taraf kemudahan pejalan kaki Seksyen 16 siap 20 Januari 2025 — Datuk Bandar PJ


  • Primer
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Laluan pejalan kaki itu menyambungkan zon komersial ke kawasan perumahan.

PROJEK menaik taraf laluan pejalan kaki di Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor, akan selesai pada bulan depan.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Zahri Samingon berkata, tarikh siap projek tersebut disemak semula kepada 20 Januari depan.

Sebelum ini, proses naik taraf kemudahan pejalan kaki itu pada awalnya dilaporkan bakal selesai pada 18 November lalu.

BACA LAGI: 'Sampai kaki melecur', budak jadi mangsa terpijak bara api ditimbus dengan pasir di Pantai Pimping

BACA LAGI: Masih aktif, kartel didakwa sediakan khidmat sewa tayar lori sebelum pemeriksaan Puspakom, lepas 'check' kembali guna tayar asal sudah 'botak'

Mohamad Zahri berkata, reka bentuk laluan pejalan kaki itu sedikit condong menyebabkan ia memerlukan kepada tiang lampu yang dibuat khas.

“Lampu ini akan mengambil masa tambahan enam minggu untuk disiapkan di kilang,” katanya pada sidang media selepas seminar pemeriksaan keselamatan bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kerja-kerja naik taraf yang bermula pada 1 Julai lalu itu melibatkan kemudahan di sekitar stesen MRT Phileo Damansara, Jalan 16/11 dan Jalan 16/15.

Reka bentuk ini menampilkan laluan pejalan kaki sepanjang 500 meter dari persimpangan lampu isyarat Jalan 17/1 dan Jalan 16/11 ke kawasan komersial Phileo Damansara 2. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram