HARI ini pada Jumaat, Masjid Al Muktafi Billah Shah di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu menjadi tumpuan kerana dipilih sebagai lokasi hukuman sebat secara terbuka pesalah khalwat.
Berdasarkan pemerhatian, suasana di pekarangan masjid pagi Jumaat tenang tanpa kawalan polis.
BACA LAGI: 'Karom bukan boleh pergi jauh, tak macam bola sepak', atlet cedera bersyukur dapat kerja MBPJ
Suasana di pekarangan masjid pagi ini tenang tanpa kawalan polis.
Proses hukuman sebat dijangka dilaksanakan selepas solat Jumaat di dalam Dewan 'Aasim di masjid berusia 43 tahun itu.
Dalam pada itu, beberapa anggota polis mula melakukan pemantauan di sekitar Masjid Al Muktafi Billah Shah Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu tepat pukul 11.30 pagi.
Dua anggota trafik dari IPD Kuala Terengganu memasang tali amaran kawalan polis bersaiz enam meter persegi di hadapan Dewan 'Aasim lokasi proses sebat secara terbuka pesalah khalwat akan dilksanakan selepas solat Jumaat.
Tertuduh Mohd Affendi Awang, 42, mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 31(a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022.
Tertuduh juga dikenakan enam sebatan, denda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal menjelaskan denda itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram