[VIDEO] Hukuman sebat syarie: Pengajaran buat umat Islam


  • Massa
  • Khamis, 26 Dis 2024

Notis larangan merakam gambar dan video ditampal di sekitar Dewan 'Aasim di Masjid Al Muktafi Billah Shah di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, Terengganu yang mana merupakan tempat hukuman sebat dilakukan..

PELAKSANAAN hukuman sebat terhadap pesalah khalwat berulang secara terbuka di Masjid Al Muktafi Billah Shah di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu esok menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penduduk tempatan.

Rata-rata orang ramai yang ditemui menyokong tindakan kerajaan negeri melaksanakkan hukuman itu kerana ia bertujuan mendidik umat Islam agar tidak ingkar dengan perintah agama.

Seorang pesara kerajaan, Aman Muda, 67, berkata langkah yang dilaksanakan ini cukup menjaga aib pesalah di mana ia dilakukan didalam dewan tertutup dengan hanya disaksikan 70 individu yang diwajibkan mematuhi syarat yang ketat.

BACA LAGI: 'Karom bukan boleh pergi jauh, tak macam bola sepak', atlet cedera bersyukur dapat kerja MBPJ

BACA LAGI: [VIDEO] Sekeluarga trauma terperangkap lebih 2 jam dalam 'cable car' di Genting Highlands, RWG sedia bagi 'refund'

Screenshot 2024-12-26 202633

Aman berkata, langkah yang dilaksanakan cukup menjaga aib pesalah di mana ia dilakukan didalam dewan tertutup.

"Saya menyokong cara hukuman ini yang dilakukan di dalam dewan tapi bila sudah mengulangi kesalahan sama berkali-kali lebih elok dilakukan secara terbuka," katanya kepada Majoriti.

Katanya, tindakan melaksanakan hukuman seperti ini berbeza dengan amalan di Aceh, Indonesia.

"Pengalaman saya meyaksikan hukuman di Aceh, ia dilakukan secara terbuka di khalayak umum. Saya dapat dengar jeritan 'sakit, sakit' dan ia amat menginsafkan," katanya lagi.

Screenshot 2024-12-26 202718

Rashid berkata, hukuman sebat adalah pengajaran supaya tidak melakukan kesalahan yang melanggar hukum Islam.

Seorang lagi penduduk dari Kampung Sungai Ladang, Rashid Buman, 52 berpendapat hukuman ini adalah pengajaran dan peringatan supaya tidak melakukan kesalahan yang mengingkari hukum Islam.

"Tapi jangan hanya dikenakan terhadap pesalah khalwat sahaja, bagaimana dengan zina dan rasuah?" katanya.

Bagi bekas nelayan dari Kampung Ladang, Mohd Fakrul Amros, 65, pula berpendapat air muka keluarga perlu dijaga dalam menjalankan hukuman terhadap pesalah.

Pada Jumaat 27 Disember 2024, Masjid Al Muktafi Billah Shah di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu bakal menjadi tumpuan orang ramai susulan pelaksanaan hukuman sebat terhadap pesalah khalwat berulang.

Hukuman itu akan dijalani oleh seorang duda anak lima, Mohd Affendi Awang, 42, atas kesalahan berkhalwat buat kali ketiga selepas solat Jumaat. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram