'Sampai kaki melecur', budak jadi mangsa terpijak bara api ditimbus dengan pasir di Pantai Pimping


  • Tular
  • Khamis, 26 Dis 2024

Kanak-kanak yang menjadi mangsa tindakan tidak bertanggungjawab sesetengah pengunjung di Pantai Pimping. — Facebook

SEORANG kanak-kanak melecur di kaki gara-gara tindakan tidak bertanggungjawab pengunjung di Pantai Pimping, Membakut, Sabah baru-baru ini.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook Md Shahrir pada Rabu, kejadian dikatakan berlaku ketika anak saudara dan keluarganya meluangkan masa di pantai tersebut.

"Para pengunjung yang mengunjungi Pantai Pimping tolong padamkan bara api selepas selesai membakar, bukan ditimbus dengan pasir.

"Kejadian menimpa anak buah, melecur kaki terpijak bara yang ditimbus dengan pasir," tulisnya.

BACA LAGI: Ibu, anak 2 tahun maut, 4 lagi cedera kemalangan di WCE

BACA LAGI: Bukan lagi 'gajah putih', sinar baharu Hentian Kajang, kini pusat pertemuan pencinta buku

471327005_1336498084143213_3617688739406563069_n

Kawasan bara api yang hanya ditimbus dengan pasir sehingga menyebabkan kecederaan pada pengunjung lain. — Facebook

Kanak-kanak tersebut juga terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Bagaimanapun, tiada kematian dilaporkan ketika kejadian setakat ini.

Belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram