Pelajar perempuan maut tergelincir tingkat 33 pangsapuri di Kajang lepas cuba keluar dari tingkap tandas


  • 112
  • Khamis, 26 Dis 2024

Polis Kajang mengklasifikasikan kes tersebut sebagai siasatan mati mengejut. — Gambar hiasan/Facebook

SEORANG pelajar perempuan warga asing maut selepas terjatuh dari tingkat 33 pangsapuri di Kajang, Selangor pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, mangsa merupakan pelajar berusia 19 tahun di sebuah universiti tempatan.

Naazron berkata, kejadian berlaku apabila mangsa cuba keluar melalui tingkap tandas.

BACA LAGI: 'Karom bukan boleh pergi jauh, tak macam bola sepak', atlet cedera bersyukur dapat kerja MBPJ

BACA LAGI: Bukan lagi 'gajah putih', sinar baharu Hentian Kajang, kini pusat pertemuan pencinta buku

Katanya, mangsa bertindak sedemikian disebabkan pintu tandas tersebut rosak sebelum tergelincir dan terjatuh ke koridor tingkat 12.

Mayat mangsa bagaimanapun sudah dihantar ke Hospital Serdang dan polis mengesahkan punca kematian adalah disebabkan pelbagai kecederaan akibat jatuh dari tempat tinggi.

Tambahnya, kes tersebut turut diklasifikasikan sebagai siasatan mati mengejut (SDR). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram