Mengenang 20 tahun tsunami Pulau Pinang, pegawai APM dedah kisah 'bayi ajaib' selamat walau dihanyut ombak


  • Massa
  • Jumaat, 27 Dis 2024

S. Thulaashi antara mangsa yang terselamat ketika tsunami melanda Pulau Pinang pada 2004. — The Star

GENAP 20 tahun berlalu, tetapi tragedi tsunami yang melanda Pulau Pinang pada 2004 tetap segar diingatan Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah Timur Laut, Leftenan Muda, Ng In Heang, 53, sehingga kini.

Mengimbau kembali detik-detik cemas ketika menyelamatkan beberapa mangsa dalam kejadian tersebut, In Heang berkata, ia merupakan tragedi yang tidak dapat dilupakan sepanjang hayatnya.

Susulan kejadian itu, In Heang antara anggota yang dikerah dan ditugaskan untuk melakukan misi menyelamat di kawasan terlibat.

BACA LAGI: Ibu, anak 2 tahun maut, 4 lagi cedera kemalangan di WCE

BACA LAGI: Didakwa jadi mangsa aniaya rakan sekerja, ibu minta tolong tuntut bela nasib 'anak syurga'

Penang northeast Malaysia Civil Defence Department officers Lt Muda Ng In Heang, 51( December 20,2024 ). —K.T.GOH/The Star

In Heang yang masih bertugas sebagai pegawai APM daerah Timur Laut. — The Star

Masih terngiang-ngiang diingatannya tentang situasi seorang wanita meminta tolong kerana anak perempuannya tidak bernafas selepas diselamatkan daripada badai ombak tersebut.

"Dia (mangsa) ketika itu tidak mungkin berusia lebih setahun. Saya melakukan bantuan pernafasan (CPR) ke atasnya sehingga ke hospital. Kadang-kadang, saya terfikir tentang dia," imbau In Heang.

Bercerita lanjut mengenai peristiwa bersejarah itu, In Heang menggambarkan situasi ambulans yang dipenuhi dengan pesakit pada waktu tersebut.

"Ramai orang yang cedera memerlukan pengangkutan ke hospital. Kami dengan pesakit sedia ada membawa bersama mangsa lain hingga ada 10 orang di dalam kenderaan terbabit dengan ada yang duduk dan berdiri.

"Nasib baik, ia adalah ambulans yang besar," jelasnya.

Pada hari sama, In Heang juga berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang juga tidak bernafas dek lemas digulung ombak.

main_xx12_Tsunami Devastation_azb_pihtsunami161224

Beberapa kawasan di Pulau Pinang yang terjejas akibat tsunami pada 2004. — The Star

Ceritanya lagi, beliau bersama anggota penyelamat lain membuat empat perjalanan antara hospital dan kawasan Batu Ferringhi ke Tanjung Bungah pada hari tersebut.

"Kami tidak dapat bergerak dengan kerap kerana trafik sangat sesak walaupun sudah membunyikan siren," katanya.

Disebabkan itu, pemandu ambulans terpaksa menggunakan jalan pintas untuk membawa mangsa yang cedera segera ke hospital.

Katanya, beliau tidak menyangka tugas yang pada awalnya untuk menyelamatkan mangsa kemalangan kereta bertukar kepada tsunami.

"Sepanjang jalan ke pantai, kami lihat ombak sedikit pelik dan terus menuju ke kawasan tersebut.

"Apabila tiba di Tanjung Bungah dan Batu Ferringhi, barulah kami sedar bahawa tsunami sudah melanda Pulau Pinang," ujarnya.

Bukan itu sahaja, In Heang turut menceritakan bagaimana 'bayi ajaib' terselamat ketika tsunami yang melanda itu.

(FILE PIC)........Annalmary Lurudu,42 with baby S.Thulaasi at her mother's flat. (pic taken: 31-12-2004)

S. Thulaashi (kanan) yang terselamat dalam kejadian tsunami itu. — The Star

Bayi bernama S. Thulaashi kini meneruskan hidup sebagai pelajar bidang perakaunan di Universiti Sains Malaysia (USM).

Bercerita lanjut tentangnya, S. Thulaashi yang ketika itu berusia 22 hari dan masih tidur di atas tilam dihanyutkan ombak pada gelombang pertama.

Ia seolah-olah satu keajaiban apabila dia dihanyutkan ombak hingga ke tepi pantai ketika gelombang kedua dan masih selamat serta nyenyak tidur di atas tilamnya.

Melihat peristiwa itu, bapanya, A. Suppiah tidak pernah putus-putus untuk memanjatkan kesyukuran dan masih berbuat demikian pada setiap 26 Disember, di tepi pantai yang sama.

A. Suppiah juga mendoakan mangsa lain yang tidak dapat diselamatkan pada hari tersebut.

Untuk rekod, pada 26 Disember 2004, tsunami besar membadai beberapa kawasan di Pulau Pinang termasuk Pulau Betong, Tanjong Bungah, Tanjong Tokong, Batu Ferringhi dan Kuala Muda serta Teluk Air Tawar di Seberang Perai meragut 52 nyawa.

Seramai 32 orang di Balik Pulau terkorban, manakala 206 lagi cedera sekali gus menjadikan ia korban tertinggi di Malaysia.

Kejadian tersebut juga mengakibatkan sejumlah 2,486 nelayan dan 86 petani mengalami kerugian. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram