Ibu, anak 2 tahun maut, 4 lagi cedera kemalangan di WCE


  • 112
  • Khamis, 26 Dis 2024

Kemalangan maut yang membabitkan dua kenderaan di KM 212.3 Lebuhraya WCE menghala ke selatan di Manjung, Perak pada Khamis. — JBPM Perak

SEORANG wanita bersama anaknya maut selepas terlibat dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 212.3 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) menghala ke selatan di Manjung, Perak pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa, Nor Fadhilah Mohd Azlan, 24, dan anak lelakinya yang berusia kira-kira dua tahun maut di lokasi kejadian.

Sabarodzi berkata, kedua-dua mangsa menaiki kereta Perodua Kelisa ketika kejadian.

BACA LAGI: Pernah jual lukisan bawah pokok, pensyarah UMS angkat karya puisi dan pantun cerita rakyat Sabah guna visual

BACA LAGI: Bahana batal konsert 'last minute', keputusan percubaan SPM penganjur dibongkar selagi tak 'refund' duit

76bcdc92-2e32-4c50-a364-a2cec47489b4

Mayat dua mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kereta tersebut ketika kejadian. — JBPM Perak

"Manakala, seorang lelaki berusia 24 tahun dan kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia tiga tahun yang menaiki kenderaan sama hanya cedera ringan.

"Dua mangsa lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Wira juga cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Tawar dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada pukul 5.15 pagi.

Katanya, kesemua mangsa berjaya dikeluarkan oleh orang awam dan dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan.

"Mayat kini diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram