Didakwa jadi mangsa aniaya rakan sekerja, ibu minta tolong tuntut bela nasib 'anak syurga'


  • Tular
  • Selasa, 24 Dis 2024

Terdapat beberapa kesan luka dan lebam di anggota badan mangsa yang didakwa dipukul rakan sekerjanya. — Facebook

LULUH hati seorang ibu apabila melihat kesan-kesan lebam di wajah anak istimewanya selepas pulang dari bekerja.

Mana tidaknya, anak lelaki yang dikenali sebagai abang Zul dikatakan tergolong dalam orang kelainan upaya (OKU) dan penghidap autisme.

Berdasarkan perkongsiannya di Facebook Adra Azura pada Selasa, abang Zul yang berusia 23 tahun itu didakwa dipukul oleh rakan sekerjanya baru-baru ini.

BACA LAGI: [VIDEO] Tragedi 2 beradik di Melaka berulang, wanita maut digilis lori lepas elak tong sampah roro di Kundang

BACA LAGI: Bukan lagi 'gajah putih', sinar baharu Hentian Kajang, kini pusat pertemuan pencinta buku

Dakwanya, kejadian itu menyebabkan abang Zul mengalami luka dan bengkak di muka, dada dan tangan serta pulang dalam keadaan lemah.

"Anak saya bekerja di sebuah restoran makanan segera dan sudah berkhidmat hampir empat tahun.

"Ini adalah kejadian pertama yang dialaminya sepanjang tempoh dia membesar.

"Untuk makluman, anak saya tiada rekod jenayah bergaduh dan dipukul oleh orang awam (kejadian pertama). Anak saya mengalami trauma disebabkan kejadian ini," tulisnya.

Lebih menyedihkan apabila dia mendakwa bahawa dinasihatkan untuk menarik kes tersebut selepas membuat laporan polis berserta keputusan pemeriksaan doktor.

"Setelah pemeriksaan doktor dilakukan, saya membuat laporan polis dan dipanggil ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) berjumpa inspektor bertugas.

"Saya dinasihatkan untuk menarik kes bagi mengelakkan anak saya ditahan reman (tiada sel untuk org OKU) sebagai prosedur polis bagi melakukan siasatan.

"Tetapi, saya bertegas meminta untuk periksa kamera litar tertutup (CCTV) dan menyatakan ingin mengetahui kebenaran," dakwanya.

Tambahnya, perkara itu diarah kepadanya kerana pihak yang melakukan perbuatan tersebut juga mengalami kecederaan.

Disebabkan itu, polis dikatakan terpaksa menahan reman kedua-dua individu terlibat.

"Saya ingin tahu kebenaran. Sebagai Ibu hati saya luruh melihat anak saya diperlakukan seperti ini. Adakah tiada tempat anak saya dimata orang-orang awam," luahnya.

Namun, lokasi dan waktu sebenar kejadian masih tidak dapat dipastikan.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram