Penduduk Setapak bantah pembinaan dewan serba guna di sebelah sekolah


  • Massa
  • Selasa, 24 Dis 2024

Pembangunan dewan berkenaan dikhuatiri memberi impak negatif terhadap murid serta ibu bapa.

RANCANGAN untuk membangunkan sebuah dewan serba guna bersebelahan Sekolah Kebangsaan (SK) Setapak, Kuala Lumpur (KL) menimbulkan rasa kurang senang daripada penduduk sekitar.

Berdasarkan maklumat terkini, bangunan itu akan didirikan di tanah lapang seluas 0.98 hektar yang ketika ini menempatkan galeri penjualan hartanah, namun tidak lagi berfungsi.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Taman Tiara Titiwangsa, Sylvester Navaratnam berkata, mereka mendapat maklumat mengenai projek tersebut pada tahun lalu selepas papan notis didirikan berhampiran pintu masuk tapak pembinaan itu.

BACA LAGI: Lans koperal mengaku tidak bersalah curi barang kemas milik wanita mati dalam kereta di Setapak

BACA LAGI: Ditutup sekian lama bagi naik taraf pembetungan, penduduk Setapak akhirnya boleh guna Jalan Kolam Air

Residents complain about a vacant land meant for building schools has been rezoned for commercial purposes.  (DEC 12 2024) — ART CHEN/The StarReporter: MUHAMMAD FARID

Sylvester khuatir akan impak pembangunan dewan berkenaan.

"Tiada sebarang aktiviti dijalankan, tetapi baru-baru ini, kami ternampak pekerja melakukan kerja-kerja pembersihan. Kami dapat tahu terdapat rancangan untuk membangunkan dewan serba guna," katanya.

Jelasnya lagi, berdasarkan Draf Pelan Tempatan Kuala Lumpur 2040, tapak pembinaan itu boleh digunakan bagi kegunaan awam sambil menegaskan orang ramai sudah menyuarakan kegusaran mereka terhadap pelbagai pihak berkuasa.

Sylvester turut berkata, hasil pencarian maklumat mendapati kawasan itu dimiliki Pesuruhjaya Tanah Persekutuan yang merupakan sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, diketuai Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Setapak, Mohd Nur Hafidz Ikram turut menimbulkan rasa kurang senang terhadap masalah lalu lintas serta keselamatan murid-murid.

Taman Tiara Titiwangsa Residents Association committee member Sylvester Navaratnam (left) and fellow residents showing the site next to SK Setapak. - ART CHEN/ The Star

Persatuan Penduduk Taman Tiara Titiwangsa yang kurang senang dengan rancangan itu.

"Kesesakan jalan raya akan menjadi lebih teruk sekiranya projek itu diteruskan," katanya sambil menegaskan sekolah tersebut menempatkan 500 murid, termasuk 80 yang berkeperluan khas.

Penduduk, Nurisman Maarop pula mengingatkan pihak projek perlu menyediakan dinding penebat mencukupi antara sekolah dan pusat komersial untuk mengurangkan gangguan.

Zulkifli Martin yang juga merupakan penduduk setempat berkata, kehadiran pusat perniagaan akan menyebabkan pencemaran bunyi di kawasan tersebut.

Hasil semakan mendapati terdapat pagar yang sudah didirikan di lokasi tersebut berserta notis mengatakan ia sudah disewa bermula November 2023 sehingga 31 Oktober 2026. — The Star/FARID WAHAB

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram