Bahana batal konsert 'last minute', keputusan percubaan SPM penganjur dibongkar selagi tak 'refund' duit


  • Massa
  • Isnin, 23 Dis 2024

Keputusan percubaan SPM Muhammad Zul Aqil yang didedahkan di media sosial pada Isnin. — X/@7teenboiy

KEPUTUSAN pihak penganjur yang membatalkan konsert One Love Music Festival di saat akhir masih lagi belum dapat meredakan kemarahan orang ramai.

Sebelum ini, tular satu notis pembatalan konsert dianjurkan penganjur Tuff KL yang diasaskan oleh Muhammad Zul Aqil sehari sebelum program itu berlangsung.

Ia sekali gus menimbulkan isu serta membuatkan para pembeli tiket berang dengan tindakan mengejut tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Tolong panggil polis', wanita panik minta bantuan, lelaki 'aneh' selamba buka pintu rumah

BACA LAGI: Kerja sambil membaca, penuntut UKM manfaat masa terluang cari ilmu di kedai buku terpakai

One-Love-Music-Festival-780x516

Konsert yang dibatalkan sehari sebelum ia berlangsung.

Susulan itu, rata-rata warganet yang tidak berpuas hati mengambil keputusan untuk meminta pihak penganjur untuk mengembalikan wang pembelian tiket mereka dengan segera.

Lebih mengejutkan apabila ada sesetengahnya mendedahkan keputusan percubaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) penganjur terbabit dengan menggunakan nombor kad pengenalan yang disertakan di dalam notis pembatalan itu.

"Dengan keputusan begitu dia nombor 83 dari keseluruhan tingkatan? Modal insan tiada modal sudah," komen @dbdbdbdees.

"Inilah akibat apabila generasi muda tak lagi mengejar ilmu, tak disibukkan dengan peperiksaan. Sibuk nak kejar duit akhirnya ramai dipermainkan, konsert batal last minute," tambah @myysrh.

Terdahulu, konsert yang sepatutnya berlangsung pada Jumaat di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps), Serdang, Selangor dibatalkan berikutan kekurangan dana bagi menampung kos penganjuran.

Konsert tersebut juga mengumpulkan 12 penyanyi dari Malaysia dan Indonesia. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram