[VIDEO] Sekeluarga trauma terperangkap lebih 2 jam dalam 'cable car' di Genting Highlands, RWG sedia bagi 'refund'


  • Tular
  • Selasa, 24 Dis 2024

Tangkap layar video memaparkan sekeluarga yang terperangkap dalam kereta kabel selama lebih dua jam di Genting Highlands pada Isnin.

SEKELUARGA berdepan detik-detik cemas apabila kereta kabel yang dinaiki berhenti secara tiba-tiba berhenti lebih dua jam di Genting Highlands, Pahang pada Isnin.

Menerusi video dimuat naik pengguna TikTok @NURNILAMSARI', dia dan beberapa penumpang lain turut berdepan dengan situasi sama sebelum berjaya turun.

Dalam video sama, pengguna tersebut bersama ahli keluarganya termasuk bayi yang dilihat berpeluh kepanasan di dalam kereta kabel itu.

BACA LAGI: Pihak berkuasa perlu tubuh 'task force' siasat kes kemalangan bas korbankan 7 nyawa di Melaka — Wee Ka Siong

BACA LAGI: Bukan lagi 'gajah putih', sinar baharu Hentian Kajang, kini pusat pertemuan pencinta buku

"Dua jam tersangkut dalam kereta kabel, Ya ALLAH lindungilah semuanya," tulisnya.

Menurut beberapa beberapa warga maya yang turut berada di lokasi kejadian, punca kereta kabel itu terkandas adalah disebabkan masalah teknikal.

"Alhamdulillah, selamat turun. Supply current tiada punca kereta kabel sangkut dekat tengah-tengah," komen @Amienhfzn.

Katanya, penjana elektrik tambahan mungkin digunakan ketika itu tetapi mengambil masa yang lama disebabkan kelajuannya hanya 0.8 meter sesaat pada waktu-waktu kecemasan.

Sementara itu, pihak Resorts World Genting (RWG) mengesahkan kejadian yang melibatkan gangguan kereta kabel pada Isnin.

RWG dalam satu kenyataan pada Selasa juga memohon maaf kepada para penumpang yang terjejas dalam kejadian tersebut.

"Kami memahami ia menjejaskan percutian pelanggan dan ingin memberi jaminan bahawa keselesaan dan keselamatan anda kekal sebagai keutamaan kami.

"Pasukan kami juga mengambil tindakan segera termasuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan di Terminal Outlet Premium Genting Highlands," katanya.

Katanya, penumpang yang terlibat dalam kejadian sama boleh mendapatkan bayaran balik tiket kereta kabel dengan menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan di [email protected]. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram