[VIDEO] Penghantar piza jadi hero sanggup redah api selamatkan 5 mangsa kebakaran di AS


  • Benua
  • Sabtu, 14 Dis 2024

Tangkap layar video memaparkan satu kebakaran yang berlaku di sebuah rumah pada 2022. — Agensi

SIFAT keberanian seorang penghantar makanan (piza) di Louisiana, Amerika Syarikat (AS) ketika menyelamatkan mangsa kebakaran menjadi kisah tidak dapat dilupakan sehingga kini.

Walaupun kejadian itu berlaku pada 2022, namun ia tetap memberi impak besar kepada masyarakat seluruh dunia.

Mengimbau kembali peristiwa bersejarah itu, ia bermula apabila hero tidak didendang bernama Nicholas Bostic yang ketika itu baru berusia 25 tahun sanggup mengambil risiko bahaya untuk membantu kesemua mangsa terlibat.

BACA LAGI: Jumlah simpanan asas persaraan KWSP dinaikkan kepada RM390,000 menjelang Januari 2028

BACA LAGI: [VIDEO] Wanita tunjuk 'keras' duduk dalam kereta halang lori rosakkan jalan di Dengkil

Kejadian tersebut turut sempat dirakam kamera badan anggota polis Lafayette, Louisiana yang pada waktu itu sedang melakukan operasi menyelamat.

Menerusi video itu, kedengaran suara tangisan dan jeritan kesemua kanak-kanak di dalam sebuah rumah yang sedang dijilat api.

Nicholas pada awalnya berjaya membawa keluar empat orang kanak-kanak tersebut ke kawasan selamat.

Namun, tindakan beraninya meraih perhatian ramai apabila sanggup berlari masuk, meredah api marak sejurus sahaja diberitahu bahawa terdapat seorang lagi mangsa berusia enam tahun di dalam rumah tersebut.

Tanpa berfikir panjang, Nicholas berlari dan berjaya menyelamatkan mangsa terakhir melalui tingkap sebelum menyerahkannya kepada pasukan penyelamat.

Nicholas pada awalnya cuba meminta pertolongan daripada orang awam ketika melihat keadaan rumah itu, namun rasa ingin tahunya mendorong keputusannya untuk masuk dan melihat sekiranya terdapat mangsa yang terperangkap.

Di dalam rumah itu, dia menemui seorang bayi berusia setahun dan tiga lagi remaja antara 13 dan 18 tahun.

"Tingkat bawah rumah itu seperti 'lagun hitam' kerana asap tebal dan debu yang memenuhi rumah.

"Saya berasa seperti berjalan dalam ketuhar apabila masuk kembali untuk menyelamatkan anak terakhir," katanya.

Nicholas juga terpaksa merangkak mengelilingi rumah untuk mencari jalan keluar.

Apabila sampai ke tingkat atas, Nicholas terus memecahkan tingkap dengan tangannya sebelum melompat keluar sambil memeluk kanak-kanak itu.

Dalam video sama, kelihatan Nicholas yang terbaring keletihan dengan beberapa kesan melecur di badannya.

Sementara itu, hasil siasatan bomba mendapati kebakaran berkemungkinan berlaku berpunca daripada abu yang tidak dipadamkan dengan sempurna di belakang rumah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram