Qra jadi kedai runcit moden berpaksikan keperluan komuniti setempat


  • Bizz
  • Rabu, 25 Dis 2024

David (gambar kiri) membuka cawangan pertama Qra di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dibuka pada 2021.

INDUSTRI peruncitan terus berdepan dengan impak yang signifikan susulan daripada evolusi yang berlaku secara konsisten terhadap gaya hidup dan tingkah laku pengguna.

Bagi Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif jenama runcit premium Qra, David Tseng, perubahan itu dapat dilihat dengan jelas di setiap sudut kebanyakan kedai runcit yang beroperasi pada masa kini.

"Orang ramai menjadi lebih mementingkan tentang kesihatan pemakanan dan senaman mereka.

"Mereka lebih mengambil berat tentang kualiti makanan yang mereka beli dan dari mana ia datang.

“Selain itu, orang ramai membeli-belah dengan lebih terarah sekarang kerana gaya hidup yang sibuk.

"Mereka juga lebih cenderung untuk melihat asal-usul produk tertentu dan cerita di sebaliknya," katanya.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Kewujudan elemen baharu dalam aspek permintaan tersebut membawa kepada penciptaan Qra, iaitu kedai runcit kejiranan moden yang beroperasi dengan berasaskan elemen pemilihan khas, kemudahan dan komuniti.

David yang mempunyai lebih sedekad pengalaman dalam sektor peruncitan mengasaskan perniagaan itu selepas menyedari keperluan terhadap konsep kedai yang mengutamakan pelanggan dan dirangka dengan teliti yang berakar terhadap komuniti setempat.

460864924_1069502161845814_2075447060076728829_n

Qra beroperasi dengan berasaskan elemen pemilihan khas, kemudahan dan komuniti. — Qra Food

Cawangan pertama Qra di Bukit Tunku, Kuala Lumpur dibuka pada 2021 dengan tujuan untuk menangani jurang tersebut

"Ia adalah mengenai pemilihan barangan yang berbeza, perkhidmatan peribadi yang unik dan kemesraan persekitaran kejiranan yang terasa dekat dengan rumah," jelasnya.

Bermula daripada kedai pertama, syarikat itu kemudiannya membuka dua lagi cawangan di Bukit Damansara dan Mont Kiara, dengan satu lagi premis ditetapkan untuk beroperasi pada awal tahun depan.

Elemen pemilihan adalah kunci

Berbanding pasar raya lain, Kedai Qra tampil berbeza kerana kepelbagaian barangan dan jenama unik ditampilkan di rak jualan mereka.

Pelanggan boleh menemui barangan terbaik daripada jenama tempatan yang terletak di samping barangan import artisan istimewa dari seluruh dunia.

The stores offer homemade nut butters and fresh juices that are crafted in-house.

Qra turut menawarkan mentega kacang buatan yang dibuat sendiri.

Tidak dilupakan, pengunjung juga boleh mendapatkan barangan harian kegemaran yang popular dan menjadi pilihan kebanyakan orang ramai.

Menurut David, proses memilih item untuk dijadikan stok melibatkan beberapa pertimbangan antaranya seperti memenuhi keperluan asas harian, mengikuti permintaan pasaran, dan mendapatkan sumber daripada bekalan sejajar dengan nilai jenama.

Terdapat juga tumpuan untuk memilih barangan berkualiti tinggi dan mementingkan kesihatan.

"Kami juga sentiasa memerhatikan potensi trend baru yang muncul, dan kami cuba menjadi yang pertama membawanya masuk ke sini.

“Sebagai contoh, kami adalah antara yang pertama di dalam negara membekalkan rangkaian luas produk berasaskan tumbuhan, bebas tenusu dan vegan, dan saya fikir kami terus menjadi peneraju dalam ruang itu,” katanya.

Selain itu, cawangan Qra juga menawarkan mentega kacang dan jus segar yang hasil keluaran sendiri.

Ujar David, pelbagai pilihan tawaran yang luas dan pelbagai sentiasa diperhalusi oleh pihaknya.

455242955_1040223034773727_8452815319726140464_n

Pemilihan barangan makanan yang berpandukan permintaan penduduk setempat merupakan antara elemen penting yang menjadi kekuatan Qra. — Qra Food

"Ia boleh menjadi sesuatu yang mencabar kerana kami bukan pasar raya besar yang boleh memuatkan segala-galanya, begitu juga kedai serbaneka kecil yang hanya membawa set barang tertentu.

"Tugas kami ialah mencari keseimbangan antara memenuhi keperluan asas, sambil juga mempunyai barangan yang sesuai untuk jenama dan pelanggan kami," katanya.

Menurut David, penawaran barangan di setiap cawangan Qra disesuaikan untuk memenuhi keperluan masyarakat di lokasi kedainya secara unik.

"Jika anda melihat kedai kami, mereka mempunyai profil pelanggan yang sangat berbeza.

“Cawangan Bukit Tunku menyajikan kejiranan yang lebih tradisional dengan keluarga, manakala cawangan di Bukit Damansara condong ke arah latar belakang pengguna di pejabat pada hari bekerja dan kemudian berubah menjadi tempat kediaman, gaya hidup pada hujung minggu.

"Kemudian terdapat Mont Kiara, yang merupakan kawasan sangat padat dengan populasi ekspatriat muda yang lebih luas," kongsinya.

David menyatakan bahawa kesemua kedai itu sengaja dibangunkan bersaiz sederhana supaya mereka dapat mengekalkan hubungan kejiranan yang erat dengan penduduk tempatan, dan menyediakan perkhidmatan terpilih, dan peribadi dengan lebih baik kepada pengguna.

468365451_18049286633002067_5949147611888317010_n

Qra membuat keputusan untuk mengekalkan saiz sederhana bagi premisnya agar ia lebih dekat dengan penduduk setempat. — Qra Food

“Dengan cara ini, kami dan pelanggan akan saling mengenali. Pada masa sama, pelanggan juga dapat mengenali satu sama lain, dan dari situ kita boleh membina persekitaran berasaskan komuniti," katanya.

Penekanan terhadap memupuk pertumbuhan komuniti merupakan satu lagi aspek yang menonjolkan jenama Qra.

Ini kerana syarikat itu kerap menganjurkan acara seperti aktiviti seni dan kraf, larian serta sesi bercerita kanak-kanak di kedainya.

Menjelang Januari depan, kedai runcit itu akan membawa pendekatan susun atur dipacu komuniti ke lokasi kedai terbaharunya di The Campus di Ampang.

“Ia akan dibuka dalam suasana yang unik. Kami sangat teruja dan akan memberi tumpuan untuk menyesuaikan tawaran kami ke kawasan kejiranan baharu ini,” kata David.

Dengan syarikat itu bakal memulakan kedai keempatnya, David yakin terdapat pasaran yang semakin berkembang untuk kedai runcit berasaskan kejiranan seperti Qra.

"Kami adalah penyokong kuat pengalaman pasar raya fizikal.

“Apabila bercakap tentang pusat beli-belah makanan, pelanggan ingin menghidu dan menikmati hidangan serta merasai perkhidmatan dan interaksi. Setiap individu pastinya mahu berhubung dengan orang lain,” katanya. — The Star/NICOLE CHEW

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram