Bukan sekadar pencinta kopi, malah pencetus revolusi susu oat cita rasa Asia


  • Bizz
  • Sabtu, 28 Dis 2024

Pada awalnya, Benedict yang juga warga Singapura mula terdedah kepada susu berasaskan tumbuhan kerana kegemarannya untuk menikmati kopi sehingga mencecah lima cawan sehari.

PADA 2020, Benedict Lim, 33, melakukan eksperimen dengan membuat sendiri susu bijirin atau oat dari rumahnya.

Percubaan itu kemudian membawanya melancarkan perniagaan pengeluaran susu jenamanya sendiri yang dikenali dalam sebagai Oatside.

Hanya dalam tempoh dua tahun, Oatside berjaya mengumpul dana sebanyak AS$65 juta (RM287.2 juta) menerusi pusingan meraih modal Siri A dengan produknya dijual di 18 pasaran di seluruh dunia.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Pada awalnya, Benedict yang juga warga Singapura mula terdedah kepada susu berasaskan tumbuhan kerana kegemarannya untuk menikmati kopi sehingga mencecah lima cawan sehari.

Pada waktu itu, dia berasakan setiap jenis susu tumbuhan mempunyai rasa yang tersendiri.

Daripada semua susu berasaskan tumbuhan yang dicuba, dia menyukai susu oat kerana rasanya lebih enak daripada lain.

Pada masa sama, rasa dihasilkan juga lebih mapan untuk dihasilkan dan mempunyai tekstur serupa dengan produk minuman tenusu biasa.

Since its launch in 2022, OATSIDE has expanded its reach to over 250,000 retail and foodservice locations across Asia. – Photos: OATSIDE

Produk Oatside kini sudah dijual di 18 pasaran di seluruh dunia. — Agensi

Namun, tidak seperti susu badam dan soya, dia mendapati kebanyakan susu oat yang diminumnya mempunyai rasa atau tekstur berbeza bergantung pada jenama.

Situasi tersebut menyebabkan dia mula lebih tertarik mempelajari mengenai minuman tersebut secara mendalam.

Selain itu, dia juga mula mencuba membuat sendiri susu oat di rumah, bermain-main dengan bahan-bahan berbeza dan kaedah pengekstrakan untuk mendapatkan kombinasi perisa serta tekstur unik.

Dalam proses itu juga, Benedict menyedari sebanyak 90 peratus orang Asia mengalami keadaan kesihatan alahan terhadap produk tenusu, namun susu tumbuhan hanya memiliki 15 peratus daripada bahagian pasaran di Asia.

Dia juga mendapati orang Asia meminum susu soya kerana ia sudah menjadi kebiasaan dan bukan disebabkan produk rasa terbaik dihasilkan produk tersebut.

Melihat kepada peluang tersebut, Benedict menetapkan misi bagi melancarkan susu berasaskan tumbuhan yang mempunyai rasa enak dan memenuhi cita rasa Asia.

Benedict menghabiskan masa selama enam bulan untuk menjumpai rasa sempurna dan mengambil masa lagi setahun untuk membina sistem pengeluaran automatik secara dalaman.

Pada masa itu, dia yang juga graduan daripada Universiti Cambridge dalam bidang ekonomi juga telah meninggalkan pekerjaannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Heinz Indonesia.

Untuk memastikan produk dikeluarkan mempunyai kualiti terbaik, Benedict turut mencuba dan menguji lebih daripada 50 jenis susu oat.

Pada 2022, beliau secara rasmi melancarkan Oatside dengan ia terus mendapat permintaan yang tinggi.

Ketika pelancaran, produknya habis terjual pada minggu pertama dengan lebih 1,000 orang hadir ke acara pensampelan awam mereka.

Di sebalik kejayaan tersebut, usaha Oatside bagi mendapatkan kepercayaan kafe dan pengguna untuk beralih ke produknya bukan satu proses yang mudah.

Aspek kajian dan pembangunan (R&D) merupakan tulang belakang di sebalik kejayaan Oatside.

Syarikat itu merupakan jenama susu oat pertama di Asia yang mengawal setiap bahagian pengeluaran dan pembangunan produknya bermula dari ladang ke meja.

Keputusan bagi menerapkan sistem perniagaan itu sememangnya memerlukan perbelanjaan agak tinggi di samping membawa risiko lebih-lebih lagi untuk syarikat baharu sepertinya.

The brand recently expanded its coffee range with two new flavours.

Oatside turut memberikan tumpuan utama terhadap aspek rekaan bungkusan produknya. — Agensi

Namun cabaran itu diambil untuk membolehkan mereka mencipta rasa dan tekstur tersuai dan tersendiri untuk pengguna.

Ia juga membantu mereka kekal konsisten dengan rasa, tekstur dan kualiti yang disukai pelanggan mereka.

Tidak cukup dengan itu, mereka juga mendapatkan sumber air sendiri selepas Benedict menemukan punca air di lereng gunung Jawa di Indonesia dan membina paip gergasi mengambil bekalan air berkenaan.

Dia turut memutuskan untuk berkongsi paip sumber mata air tersebut ke 72 rumah di sana secara percuma penduduk tempatan.

Langkah itu menjadikannya sebagai syarikat utiliti penyedia air terkecil di dunia.

Selain kualiti susu dihasilkan, kekuatan Oatside turut boleh ditemui terhadap usahanya bagi memberikan aspek nilai tempatan terhadap rekaan produknya.

Ini kerana pembungkusan mereka menampilkan elemen ilustrasi kartun yang lucu dan berwarna-warni dengan beruang sebagai maskot mereka.

Mereka mempunyai tumpuan utama untuk memahami dan mengaitkan budaya tempatan, memanfaatkan setiap jenaka dalam sesebuah budaya sambil menyerap semangat trend masa kini dan anak muda. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram