Stik daging, ayam panggang sampai depan pintu, Hotel Indigo sedia pakej penghantaran menu 'New Year'


  • Bizz
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Hidangan hujung tahun yang meriah ini adalah hasil air tangan cef eksekutif Hotel Indigo, Chef Ahmad Zaim Abdullah.

KEMUNCULAN Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park semakin menyerlah di tengah-tengah ibu kota sejak ia dibuka pada tahun lepas.

Terletak di kawasan Segi Tiga Emas yang strategik, hotel butik itu terus mendapat perhatian ramai kerana reka bentuk dalamannya yang unik dan juga lokasinya yang menghubungkan pengunjung dengan pelbagai tempat tumpuan di sekitar Kuala Lumpur.

Dengan 180 bilik ditata rias penuh bergaya, Hotel Indigo menawarkan lebih daripada sekadar satu tempat penginapan bahkan memberikan pengalaman menarik sepanjang minggu Krismas hingga ambang tahun baharu.

BACA LAGI: Bukan sekadar penginapan selesa, The Boathouse Pulau Tioman tawar aktiviti hiking dan 'diving' teroka terumbu karang

BACA LAGI: Nikmati keindahan Melaka di Casa del Rio, gah dengan sentuhan Baba Nyonya

Juadah makan malam berupa ayam panggang dihidang secara fine dining.

Juadah makan malam berupa ayam panggang yang dihidang secara 'fine dining'.

Bilik-biliknya yang luas menawarkan keselesaan yang tiada tandingan, dengan elemen-elemen seni dan reka bentuk yang mengutamakan kelestarian alam sekitar.

Ruang lobi yang dihiasi dengan pohon menjalar dan instalasi kitar semula menciptakan suasana mesra alam yang menenangkan.

Pengurus Besar Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park, Ashleigh Garside, menekankan kepentingan untuk meraikan keunikan kejiranan di mana hotel ini bertapak.

“Hotel Indigo Kuala Lumpur on the Park meraikan keharmonian antara komuniti dan kawasan sekitarnya. Kami teruja untuk berkongsi kisah-kisah menarik yang mampu memberi inspirasi kepada tetamu, seterusnya menjalin hubungan bermakna antara pelanggan kami dan ibu kota ini.

“Hotel Indigo sentiasa berusaha mencipta pengalaman baharu untuk setiap tetamu dengan mengadaptasi elemen budaya tempatan serta mengalu-alukan kolaborasi bersama komuniti setempat dalam ruang kami,” kata Garside.

Terletak hanya beberapa minit dari destinasi beli-belah utama seperti KLCC dan Bukit Bintang, hotel itu juga memberi akses mudah ke kemudahan hiburan dan perniagaan di Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang mencari penginapan bertaraf premium, Hotel Indigo adalah pilihan yang sempurna untuk merasai kemeriahan di bandar.

Bukan sahaja menawarkan penginapan mewah, Hotel Indigo turut menawarkan tetamu merasai pengalaman gastronomi luar biasa di Restoran The Silver Monkey yang terletak di aras tertinggi hotel.

Nasi briyani dijamu bersama lamb shank istimewa.

Nasi briyani dijamu bersama lamb shank istimewa.

Menyajikan hidangan perayaan istimewa, restoran itu menawarkan bufet makan malam pada 24 Disember dan makan tengah hari Tahun Baru pada 25 Disember.

Untuk harga RM258 bagi dewasa dan RM129 bagi kanak-kanak, para tetamu boleh menikmati hidangan-hidangan mewah seperti stik daging Angus, ayam panggang, puding Yorkshire serta aneka pencuci mulut lazat seperti praline dan makaron.

Selain itu, aktiviti kraf keluarga turut disediakan agar dapat memberikan keceriaan tambahan kepada tetamu yang datang bersama orang tersayang.

Suasana restoran yang elegan dengan pemandangan bandar Kuala Lumpur yang menakjubkan pasti menjadikan perayaan Tahun Baru anda lebih bermakna dan istimewa.

Bagi mereka yang lebih suka meraikan sambutan Tahun Baru di rumah, Hotel Indigo juga menawarkan pakej penghantaran makanan yang sangat praktikal.

Bermula dari RM488 hingga RM688, tetamu boleh menikmati pelbagai hidangan perayaan yang ditawarkan.

Antaranya ialah ayam panggang dan stik daging Angus yang dihidangkan dengan penuh cita rasa dan dihantar secara terus sehingga ke pintu rumah.

Pakej itu membolehkan anda menikmati hidangan mewah tanpa perlu beranjak dari keselesaan kediaman sambil meraikan detik-detik indah bersama keluarga dan orang tersayang. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram