Guru taska ubah kenyataan, mengaku tak bersalah cubit pipi, telinga bayi 11 bulan


Nur Suhadah (kanan) mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

GURU taska yang sebelum ini mengaku bersalah atas tuduhan mendera budak lelaki berusia 11 bulan bertindak mengubah kenyataannya di Mahkamah Sesyen Kuala Selangor pada Selasa.

Nur Suhadah Saharudin yang berusia 24 tahun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza yang kemudian menetapkan 4 Februari sebagai tarikh penghantaran dokumen.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Elyza Amira Habeeb Rahman sementara wanita tersebut diwakili peguam Harnidawati Awangku Ibrahim.

BACA LAGI: Pengasuh taska perlu jalani kursus tambahan elak dera, cuai jaga anak-anak asuhan — Noraini

BACA LAGI: Pekerja dedah taska 'jijik' kongsi makan bayi, satu sudu beramai-ramai di Sungai Buloh

WhatsApp Image 2024-12-24 at 4.28.35 PM

Kesan lebam dialami budak 11 bulan itu disebabkan keganasan tersebut.

Nur Suhadah sebelum ini mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kali pertama di Mahkamah Sesyen Klang pada Jumaat lalu, namun perbicaraan kali ini diadakan bagi mendengar fakta kes dan penjatuhan hukuman.

Dia didakwa menganiaya budak lelaki itu di sebuah taska dekat Puncak Alam, Selangor pada pukul 6.15 petang 13 Disember lepas.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda tidak melebihi RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram