TAHUN 2024 menyaksikan kes jenayah kejam terus membelenggu masyarakat dengan beberapa kejadian yang begitu tragis sehingga meragut nyawa mangsa, dilaporkan media tempatan.
Antara kes yang paling mengejutkan adalah pembunuhan seorang wanita, Nurul Asikin Lan yang dibunuh dan mayatnya dibuang dalam longkang pada awal Disember.
Kejadian yang berlaku di Tabuan Jaya, Sarawak itu turut menggemparkan masyarakat dan meninggalkan kesan yang mendalam di kalangan orang ramai.
BACA LAGI: [VIDEO] Pekerja sawit meraung lihat rakan maut dihempap serombong besi lebih 1 tan di Sumatera Utara
BACA LAGI: [VIDEO] Ingatkan kejadian di Sandakan, mayat wanita terkulai kena terkam buaya rupanya di Indonesia
Nurul Asikin (kiri) dibunuh dan mayatnya dibuang oleh suspek (kanan) dalam longkang pada awal Disember.
Manakan tidak, mangsa dibunuh oleh suspek ekoran terdesak memerlukan wang sebagai perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia di kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh, Kemboja, pada 8 Disember lalu.
Salah seorang keluarga Nurul Asikin turut mendakwa mangsa hilang selepas berjumpa dengan suspek yang baru dikenalinya.
Kes tersebut masih lagi dalam siasatan polis dan suspek kini berada dalam tahanan pihak berkuasa itu.
Kes jenayah terhadap Nurul Asikin tu bukan sahaja menimbulkan kemarahan dalam kalangan masyarakat, tetapi turut menimbulkan kebimbangan mengenai tahap keselamatan di negara ini.
Jenayah itu turut menunjukkan betapa seriusnya ancaman terhadap golongan wanita, dengan pelbagai bentuk kekerasan yang dilaporkan, termasuk pembunuhan, rogol, dan penderaan.
Selain kes Nurul Asikin, Majoriti menyenaraikan empat lagi jenayah kejam sepanjang 2024:
1. Kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berakhir tragedi
Nur Farah Kartini di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 15 Julai selepas beberapa hari dilaporkan hilang.
Kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah, 25, berakhir penuh tragis apabila mayatnya ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Gedangsa dekat Hulu Selangor, Selangor selepas dilaporkan hilang.
Bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dilaporkan hilang setelah menghantar kereta sewa kepada seorang pelanggan di Tanjung Malim, Perak pada 10 Julai 2024.
Dia terakhir dilihat menaiki sebuah kereta berwarna merah dan tidak dapat dihubungi selepas komunikasi terakhir dengan seorang kakitangan kedai percetakan pada pagi hari yang sama.
Pada 15 Julai, polis mengesahkan penemuan mayat seorang wanita dipercayai Nur Farah Kartini di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada 15 Julai dan mangsa dipercayai dibunuh individu dikenalinya.
Siasatan mendapati, seorang penjawat awam, Lans Koperal Muhammad Alif Monjani merupakan dalang utama pembunuhan tersebut.
Muhammad Alif Monjani didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kes masih lagi berjalan.
2. Kes rogol dan bunuh Nuraina Humaira Rosli
Nuraina Humaira Rosli yang juga OKU pendengaran dan lembam dilaporkan dirogol sebelum dibunuh.
Negeri Perak sekali lagi digemparkan dengan pembunuhan kejam selepas mayat seorang Orang Asli Nuraina Humaira Rosli, 10, ditemui dalam keadaan meruntun jiwa meruntun jiwa dekat sebuah lokasi di Sungai Siput, Perak 17 Ogos.
Kes tersebut bukan sahaja menarik perhatian dalam kalangan komuniti Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu tetapi juga seluruh negara.
Manakan tidak, mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) pendengaran dan lembam dilaporkan dirogol sebelum dibunuh.
Hasil bedah siasat mendedahkan Nuraina Humaira meninggal dunia akibat tekanan di leher serta terdapat kesan koyakan pada bahagian sulit.
Polis kemudian menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, yang juga saudara terdekat mangsa bagi membantu siasatan, seterusnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput pada 26 Ogos lepas atas tuduhan membunuh.
Suspek dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada 26 Julai mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan kes masih lagi berjalan.
3. Pembunuhan kejam Sabari Baharom
Mayat Sabari yang dibuang di Sungai Padang Terap di Wang Tepus masih belum ditemukan sehingga kini.
Impian anak untuk melihat ayahnya pulang ke rumah selepas beberapa hari dilaporkan hilang berkecai selepas Sabari Baharom, 62, dilaporkan mati dibunuh.
Lebih memilukan lagi, mayat warga emas yang dibuang di Sungai Padang Terap di Wang Tepus masih belum ditemukan sehingga kini walaupun dua suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan itu telah ditangkap.
Pesara Felcra itu dilaporkan hilang di Baling, Kedah sejak 4 September dan disyaki dibunuh dengan cara dicampak ke dalam sungai tersebut dalam keadaan tangan diikat serta mulut ditutup dengan pita pelekat.
Motif pembunuhan dipercayai samun dan pada 17 Oktober dua lelaki berusia 26 serta 38 tahun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh.
4. Bekas pelumba GP Malaysia, Elly Idzlianizar Elias mati ditetak
Elly Idzlianizar Elias dibunuh dalam satu pergaduhan yang menyaksikan tiga individu yang ditahan.
Bekas pelumba GP Malaysia, Elly Idzlianizar Elias dibunuh dalam satu pergaduhan yang menyaksikan tiga individu ditahan pihak berkuasa.
Mangsa mengalami 12 tikaman dan meninggal dunia di hospital akibat pendarahan teruk.
Siasatan awal polis mendapati kejadian bermula apabila mangsa yang berada dalam keadaan marah cuba mencari suspek utama berusia 51 tahun di kediamannya di Taman Behor Gonchar Jaya dekat Kangar, Perlis pada awal September lalu.
Suspek dituduh mengikut pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan tidak kurang 12 kali sebatan.
Mahkamah kemudian menetapkan tiada jaminan diberikan kepada tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 30 Disember ini. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram