Gagal lapor diri di kem tentera, misteri kehilangan Dodit sudah masuk hari ke-15


  • 112
  • Isnin, 23 Dis 2024

Kenderaan terakhir digunakan Dodit adalah Perodua Viva warna oren dengan nombor pendaftaran BKS 1233.

POLIS meminta kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang anggota tentera yang disyaki hilang sejak 15 hari lalu.

Dalam satu maklumkan, anggota tersebut yang dikenali Dodit Wilman, 25, kali terakhir dilihat meninggalkan rumah keluarga di Program Perumahan Rakyat (PPR) Cahaya Senibong, Masai (Johor), 8 Disember lalu pada pukul 7.30 malam.

Dalam pada itu, difahamkan, Dodit yang berasal dari Sabah sepatutnya melaporkan diri di Kem Tentera Iskandar, Mersing pada 16 Disember lalu, namun gagal dikesan sehingga kini.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dilaporkan berkata, kakak ipar anggota tentera itu memaklumkan pihak kem berkenaan dan diberitahu lelaki terbabit tidak melaporkan diri.

Menurutnya, kenderaan terakhir digunakannya adalah Perodua Viva warna oren dengan nombor pendaftaran BKS 1233.

Katanya, cubaan ahli keluarga menghubungi lelaki itu melalui telefon pintar juga tidak berjaya.

"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lokasi individu tersebut boleh terus ke mana- mana balai polis berhampiran atau menghubungi talian IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323," menurut makluman dikongsikan polis. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram