Mayat anggota polis lemas lepas 'reunion' bersama rakan ditemukan 3 meter dari tali air Changkat Lada


  • 112
  • Isnin, 23 Dis 2024

Orang ramai menyaksikan operasi menyelamat dan mencari mangsa di Kampung Gajah pada Ahad.

ANGGOTA polis yang hilang selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di tali air di Jalan Utama Changkat Lada, Kampung Gajah, Perak ditemukan lemas pada awal pagi Isnin (23 Disember).

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat Muhammad Taufik Sayuti, 39, dijumpai di sekitar tebing kira-kira 3.04 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB) pada pukul 4.55 pagi oleh anggota yang bertugas.

"Mangsa lemas telah dinaikkan dengan menggunakan 'bucket stretcher', tali webbing dan tali menyelamat. Mayat telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

BACA LAGI: Penyokong gembira pemergian Luka, sedih Jesper umum aksi terakhir bersama Perak FC

BACA LAGI: [VIDEO] Bawa aura Serbia, bintang Buriram United, ex-Liverpool mampu bantu Kinoshi di Selangor

Sebelum ini media melaporakn, Sabarodzi memaklumkan seorang anggota polis berpangkat koperal dikhuatiri lemas akibat dihanyutkan air deras semasa mandi bersama rakannya di kawasan berkenaan.

Sabarodzi memaklumkan mangsa yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah itu baru selesai menghadiri majlis perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changkat Lada, Perak. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram