SEKURANG-KURANGNYA 10 orang maut manakala 17 lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di pusat bandar pelancongan terkenal Brazil, Rio Grande do Sul pada Ahad (22 Disember).
Menurut laporan akhbar The Sun UK, pesawat itu dipercayai melanggar cerobong bangunan dan merempuh sebuah rumah sebelum terhempas ke sebuah kedai perabot di kawasan perumahan Gramado, Brazil.
Gabenor Eduardo Leite berkata, juruterbang maut bersama sembilan penumpang lain yang mana kesemua mangsa merupakan ahli keluarga.
BACA LAGI: Dua nelayan hilang di lautan sudah selamat tiba di Pulau Pinang
BACA LAGI: Hanya cuba-cuba nasib, bapa 7 anak gembira menang hadiah ke-3 ulang tahun Majoriti
"Kira-kira 17 orang yang berada di darat cedera, dengan dua daripadanya mengalami cedera parah.
"Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas terhidu asap daripada kebakaran yang tercetus.
Private #plane crash in #Brazil kills pilot and his family @VoiceUpMedia1 pic.twitter.com/eksV6tYO1r
— Voiceup Media (@VoiceUpMedia1) December 23, 2024
"Punca nahas masih belum diketahui,” tambah Leite.
Media tempatan melaporkan bahawa pesawat itu dalam perjalanan dari Rio Grande do Sul menuju ke Sao Paulo. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram