Ceroboh kem tentera di Sungai Besi, lelaki Rusia didenda RM1,000


Tertuduh didakwa menceroboh dengan berada di kawasan larangan Kem Perdana Sungai Besi di Cheras pada pukul 4.50 petang, 14 Disember lalu. — fabuloustrack

SEORANG lelaki warga Russia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur pada Isnin selepas mengaku bersalah menceroboh kem tentera dua minggu lalu.

Majistret Illi Marisqa Khalizan menjatuhkan hukuman itu terhadap Zakharov Ilia, 35, dan memerintahkan defendan menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa menceroboh dengan berada di kawasan larangan Kem Perdana Sungai Besi di Cheras pada pukul 4.50 petang, 14 Disember lalu.

BACA LAGI: Tiga pesan guru ditemui ketika umrah jadi kekuatan Ikhlas bangunkan platform mesra Muslim

BACA LAGI: Mahu orang Sabah dapat 'vinyl' pada harga mampu milik, jurutera penyelenggara helikopter buka kedai piring hitam di Kinarut

Mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan, kesalahan itu membawa hukuman penjara maksimum tiga bulan, denda RM1,000, atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Syafika Azwa Fikri memohon supaya hukuman pencegahan dikenakan terhadap defendan.

Terdahulu, peguam P. Suthes yang mewakili Zakharov memohon mahkamah mengenakan denda dengan menyatakan bahawa anak guamnya adalah seorang pelajar di sebuah universiti swasta di ibu negara. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram