RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM532.5 bilion (AS$118.1 bilion) pada 13 Disember lalu dicatatkan berlaku penurunan daripada RM533.4 bilion (AS$118.3 bilion) pada 29 dan 24 November lepas.
"Kedudukan rizab adalah mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan.
"Ia bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar dalam jangka pendek," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Komponen utama rizab itu juga adalah rizab mata wang asing RM473.8 bilion (AS$105.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa RM5.8 bilion (AS$1.3 bilion), hak pengeluaran khas RM27 bilion (AS$6 bilion), emas RM14.8 bilion (AS$3.3 bilion) dan aset rizab lain RM10.8 bilion (AS$2.4 bilion). — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram