[VIDEO] Keputusan DNA sahkan mayat reput Nurul Asikin, jenazah dikebumi pada Jumaat


  • 112
  • Rabu, 18 Dis 2024

Nurul Asikin (kiri) hilang pada 5 Disember selepas keluar bersama suspek (kanan) yang baru dikenalinya.

MAYAT wanita reput yang ditemukan di dalam longkang di Tabuan Jaya dekat Kuching, Sarawak pada Ahad lalu sah milik Nurul Asikin Lan.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima keputusan 'asid deoksiribonukleik' (DNA) petang Rabu.

"Identiti mayat yang dijumpai di Jalan Setia Raja telah dikenal pasti dan disahkan adalah mangsa Nurul Asikin," katanya memetik laporan Harian Metro pada Rabu.

BACA LAGI: [VIDEO] Suspek mengaku bunuh, ambil barang kemas Nurul Asikin kerana terdesak wang mahu lihat aksi Harimau Malaya di Kemboja

BACA LAGI: [VIDEO] Hilang lebih seminggu lepas jumpa lelaki baru dikenali, wanita ditemukan mereput dalam longkang di Sarawak

Sementara itu, sepupu mangsa, Satila Layla melalui satu hantaran di Facebook memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, Kuching pada Jumaat.

Terdahulu, media melaporkan suspek membunuh Nurul Asikin kerana terdesak memerlukan wang perbelanjaan menyaksikan perlawanan Malaysia dan Kemboja pada kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024 di Phnom Penh di Kemboja.

Mancha Ata berkata, motif pembunuhan itu diketahui selepas suspek yang kini ditahan reman, mengaku melakukan perbuatan itu.

"Selepas polis berjaya menahannya dan melakukan siasatan, suspek membuat pengakuan memang dia yang membunuh mangsa dan berdasarkan bukti yang diperoleh, polis percaya kes itu hampir selesai.

"Malah suspek juga menunjukkan lokasi mayat mangsa dibuang sehingga membawa kepada penemuan mayat wanita yang sudah reput baru-baru ini," katanya.

Pada Isnin lalu, Majoriti melaporkan Nurul Asikin hilang pada 5 Disember selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram