KENDERAAN rosak atau terpakai yang dibiarkan sekitar kawasan perumahan dan perniagaan boleh merencatkan pemandangan terhadap orang ramai, terutamanya kepada penduduk.
Tanggungjawab untuk menguruskan perkara tersebut sepatutnya terletak di bahu pihak berkuasa tempatan masing-masing untuk melakukan rondaan dan mengenal pasti masalah berkenaan.
Ini kerana kenderaan sedemikian bukanlah susah untuk dikesan kerana ciri-ciri utama, seperti tayar kempis, lapisan habuk tebal serta kerosakan jelas kelihatan.
BACA LAGI: MBPJ, syarikat insurans ‘bergabung’ tanam pokok di Taman Jaya
Stesen LRT Kelana Jaya hari ini tidaklah sesibuk 10 tahun lalu.
Jadi, sebagai pembayar cukai, orang ramai pasti meletakkan harapan sedemikian bagi memastikan kejiranan mereka bersih, selamat dan tidak mengundang kehadiran haiwan perosak.
Bagaimanapun, situasi berbeza dialami Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila penduduk di kawasan itu menolak perancangan mereka yang mahu membangunkan depot kenderaan terbiar.
Sekiranya diimbas kembali lebih 10 tahun lalu, terdapat tanah lapang yang hanya dipenuhi semak-samun dengan keluasan tiga hektar antara Jalan SS2/4b dan SS4/21 di Petaling Jaya, Selangor.
Berhampiran kawasan itu terletaknya pusat meletak kenderaan stesen LRT Kelana Jaya yang kerap dipenuhi pengguna memandangkan ia merupakan stesen dalam laluan ke Gombak.
Pada 2015, MBPJ mengambil keputusan untuk menggunakan tanah lapang terbiar itu untuk memperluaskan lot meletakkan kenderaan bagi memudahkan pengguna kenderaan awam tersebut.
Kenderaan terbiar boleh menarik haiwan perosak yang boleh membahayakan penduduk.
Namun, tidak lama kemudian, laluan berkenaan dikembangkan selepas tertubuhnya stesen LRT Putra Heights, sekali gus menyaksikan stesen LRT Kelana Jaya tidak lagi menjadi tumpuan orang ramai meletak kenderaan.
Hal itu menyebabkan kawasan sibuk tadi kembali lengang.
Jadi, menyedari ruang tidak digunakan itu, MBPJ menyatakan perancangan untuk menjadikannya depot kenderaan terbiar, namun ia ditolak secara mentah-mentah oleh Persatuan Penduduk SS4C.
Ini kerana masing-masing berasakan pembangunan kawasan mengumpul kenderaan rosak itu akan menjadi pusat pembiakan haiwan perosak, seperti nyamuk, cicak serta ular.
Oleh itu, desakan untuk meminta MBPJ menarik semula perancangan berkenaan masih kedengaran meskipun ketika ini, kerja-kerja merobohkan struktur lot parkir sudah berlangsung. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram